Print this page


KUALA LUMPUR - Sejumlah aktivis Palestin menjayakan aktiviti berbasikal “Don't Pedal for Israeli Crimes” di Taman Tasik Titiwangsa pada Sabtu, 10 Mac lalu bagi mendesak supaya penganjuran Giro d’Italia dipindahkan dari negara haram Israel.

Aktiviti bertemakan #RelocateTheRace ini dianjurkan Boycott Divestment & Sanctions (BDS) Malaysia dengan kerjasama Aqsa Syarif, Yayasan Al-Quds Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Palestinian Cultural Organization Malaysia, MyCARE dan rakan-rakan NGO yang lain.

Menurut Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail, aktiviti ini bertujuan menyuarakan kekecewaan dengan keputusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang akan mengadakan acara lumba basikal Giro D'Italia di Israel pada 4 Mei.

“..dan juga (menyuarakan) kekecewaan kita dengan pendirian Dato’ Amarjit Singh Gill, wakil Malaysia dan Asia ke UCI yang menyokong pendirian UCI,” sambungnya.

Tambahnya, Israel adalah negara zalim yang mesti diboikot oleh seluruh dunia.

“Kita juga menyeru kerajaan Malaysia supaya berusaha meyakinkan Dato’ Amarjit Singh untuk menukar pendirian beliau supaya ianya sejajar dengan pendirian kerajaan Malaysia yang sentiasa tegas mengutuk kezaliman Israel,” tegasnya.

Mewakili pihak penganjur, beliau merakamkan penghargaan kepada semua aktivis yang menyertai acara berbasikal sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Beliau turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen mendesak Dato’ Amarjit Singh Gill selaku Ahli Lembaga UCI, menggunakan kuasanya supaya perlumbaan basikal Giro d'Italia tidak diadakan di negara haram Israel.

Petisyen tersebut boleh diisi di https://www.change.org/p/dato-amarjit-singh-gill-relocate-the-giro-d-italia-race-from-israel

Untuk keterangan lanjut mengenai kejohanan tersebut, layari https://bdsmovement.net/giro.

Kempen “Don't Pedal for Israeli Crimes” adalah Hari Tindakan Sedunia untuk menggesa Giro d'Italia memindahkan tempat perlumbaan dari Israel.

Lagi foto berbasikal: http://bit.ly/2GrPBYY

Last modified on Wednesday, 14 March 2018
Our website is protected by DMC Firewall!