wrapper

Berita Terkini

الإثنين 10 ذو القعدة 1439   |   Monday July 23 2018


KUALA LUMPUR - Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH), Johor Bahru, Mohamad Firdaus Ali, menjadi duta pendidikan termuda dalam Dialog “Aspirasi Belia TN50: Pendidikan” bersama Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Dialog sempena Majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 itu telah berlangsung pada Rabu, 28 Februari 2018 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) di sini.

Beliau menyampaikan ideanya kepada Perdana Menteri mewakili kumpulan Pendidikan mengenai sistem pendidikan dalam dua konteks.

“Pertamanya ialah, bagaimana satu sistem pendidikan itu dapat membina masyarakat yang mampan dari segi intelektual, pemikiran dan mampu bertahan dengan cabaran masa depan.”

Keduanya, macam mana sesebuah sistem pendidikan itu membentuk masyarakat inovatif di mana mereka mencipta satu produk yang baru untuk kegunaan ahli masyarakat yang lain.”

Oleh itu, perbincangan kumpulan beliau telah merumuskan bahawa aspirasi mereka adalah sebuah sistem pendidikan yang dapat memaksimakan potensi setiap individu di Malaysia dan memberikan peluang kepada mereka.

“Sebagai contoh saya ada change dalam bidang teknologi maklumat dan sistem pendidikan itu sendiri menyokong apa yang saya lakukan, lebih-lebih lagi dalam bidang seni, automotif, mekanikal dan sebagainya,” jelasnya.

Mohamad Firdaus merupakan pelajar cemerlang dalam pengetahuan serta kemahiran koding dan pernah memenangi pelbagai pertandingan koding peringkat nasional antaranya juara keseluruhan Cabaran Jom Belajar Koding (JBK) Hackathon di Cyberjaya pada tahun lalu.

Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.

Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.

Sumber foto: FB TN50

Last modified on Tuesday, 13 March 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd