wrapper

Berita Terkini

الأحد 11 ربيع الأوّل 1440   |   Sunday November 18 2018

SEOUL - Seramai 11 orang pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG) daripada 27 peserta telah mewakili negara menyertai Global Robot Camp pada 9-13 Februari lalu sempena Winter Olympic Games 2018.

Peserta SRIAAG, Keira Fatiha telah meraih “Individual Award” di tempat kedua dalam pertandingan “Coding Drive Award” yang turut pertama kali mempelajari robotik dalam kem ini. Tidak kurang berbakat juga buat peserta SRIAAG, Dean Amir dan rakan sepasukannya, Charles dari Korea yang mendapat pingat emas dalam “Soccer Creative Soccer Robot”.

Sementara itu, Multazam Mohamed Hanifa dan rakan sepasukannya, Chun Sa An dari Korea serta Youcef Hansalia dan rakan sepasukannya, Park Yu Min dari Korea telah meraih pingat perak dalam cabaran Creative Soccer Robot.

Seorang lagi peserta SRIAAG, Orhan Ghazi yang berpasangan dengan An Chong In dari Korea telah mendapat pingat gangsa dalam cabaran Creative Soccer Robot, begitu juga Keira Fatiha yang telah mendapat pingat gangsa bersama rakan sepasukannya, Rachel Rho dari Korea.

Pelajar SRIAAG, Ainun Sofea turut dipilih sebagai wakil peserta untuk ditemuramah oleh stesen TV nasional Korea mewakil hasrat 217 peserta Global Robot Camp yang lain.

“Untuk bermula dengan robotik memang sukar dan perlu bimbingan. Namun akhirnya akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan,” ujarnya. Global Robot Camp telah berlangsung di Kangwon National University, Chuncheon dengan tema “Experience and Enjoy ICT Technology Based Virtual Olympics”.

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mana setiap ahli kumpulan seramai 20 orang dari 12 buah negara berbeza antaranya Korea, Algeria, China, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam dan Palestin.

Mereka juga ditemukan dengan robot dan pemenang cabaran ROBOCON Inter University peringkat dunia yang dimenangi oleh Kangwon National University, menyertai bengkel blok mudah MRT bagi pertandingan bola sepak.

Para peserta juga didedahkan dengan pengaturcaraan dron dan pertandingan cabaran kawalan dron, humanoid hoki, humanoid ski serta berpeluang memprogram robot dan pengaturcaraan prototaip Altino yang belum dijual di pasaran.

Mereka turut dibawa menonton Temasya Sukan Olimpik dalam acara Halfpipe di Pheonic Snow Park pada hari ke tiga program dan merasai titisan salji yang turun, di samping melawat Muzium Robot dan Muzium Animasi di Korea.

Pasukan SRIAAG memenuhi hari yang berbaki dengan melawat Sekolah Kimchi dan belajar membuat Kimchi di mana hasil masakan akan diserahkan ke rumah anak yatim yang dikelolakan oleh sekolah tersebut.

Mengiringi pasukan SRIAAG adalah Guru Penolong Kanan, Mualimmah Madihah Uzir, Guru Kelab Robotik 2018, Mualimmah Nur Artika Abas dan wakil PIBG, Dr Zalika Adam.

Semoga penyertaan ini memberikan pengalaman pembelajaran kepada peserta Global Robot Camp dan menjadi inspirasi kepada warga SRIAAG dan sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH yang lain, insya-Allah.

Sumber dan foto kem: http://bit.ly/2IgfQln

Last modified on Monday, 12 March 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!