wrapper

Berita Terkini

الجمعة 10 المحرّم 1440   |   Friday September 21 2018

SEREMBAN - Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah merasmikan Pelancaran Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dan Pelancaran Tabung Kebajikan Asnaf Surau Al-Amin di Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Sa’idiyyah, di sini.

Program dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis oleh Muallim Muhammad Samsul Bahari (GPK Hal Ehwal Murid) dan seterusnya bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Ahmad Shirazi Abdul Rashid.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SRI As-Sa'idiyyah, Muallimah Norhayati Baharum dan ucapan pelancaran oleh Sohibus Samahah Datuk Mufti.

Dalam ucapan pelancaran, SS Datuk Mufti turut berkongsi beberapa tip untuk memupuk budaya membaca.

“Antara perkara yang boleh dilakukan ialah mewujudkan biah (suasana) yang merangsang kita untuk membaca di rumah, sekolah dan pejabat,” ujar beliau di hadapan pelajar, guru-guru dan ibu bapa yang hadir.

  

Selain itu, beliau menggalakkan supaya diadakan pertandingan membaca bagi meningkatkan motivasi pelajar untuk terus membaca.

“Guru perlulah menjadi qudwah (contoh) terhadap muridnya dengan sentiasa memastikan ada buku yang dibawa dan dibaca sebagai satu usaha untuk menanam minat kepada murid untuk membaca,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, penerbit buku Sumber Hukamak juga turut menyumbangkan beberapa terbitan siri Bayan Linnas oleh Mufti WP kepada pihak sekolah, yang mengandungi penjelasan kepada pelbagai isu dan persoalan semasa.

Dengan pelancaran ini, Muallimah Norhayati berharap usaha ini dapat merangsang dan memotivasikan semua warga As-Sa'idiyyah untuk menyemai budaya ilmu.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli atas kesudian untuk hadir dan merasmikan pelancaran tersebut.

Last modified on Monday, 12 February 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd