wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 11 ربيع الثاني 1440   |   Wednesday December 19 2018

KUALA LUMPUR - Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) melahirkan kebimbangan ekoran ucapan-ucapan kebencian kaum dan agama yang mencemari negara kebelakangan ini.

“Keadaan ini dijangka merosot dengan PRU14 yang akan datang,” kata Pengerusi GBM, Hj Zaid Kamaruddin dalam sidang media hari ini berkaitan tuntutan perpaduan nasional GBM menjelang PRU14.

Turut menjangkakan persaingan paling sengit dalam PRU14, GBM menggariskan tiga tuntutan kepada semua parti politik iaitu:

  1. Menghentikan semua bentuk politik kotor yang menyalahgunakan bangsa dan agama, dan menimbulkan ketaksuban, kebencian dan percanggahan.
  2. Menolak semua bentuk politik ketakutan yang menimbulkan kebimbangan, ketidakamanan, ketidakpercayaan dan permusuhan.
  3. Menolak semua bentuk amalan rasuah; termasuk pembelian undi dan pengundian hantu.

Selain itu, tambah Zaid, GBM menyeru semua parti politik untuk mengambil kira beberapa isu nasional yang penting untuk dipertimbangkan dalam manifesto pilihan raya mereka bagi mencapai perpaduan nasional.

Pertimbangan polisi-polisi tersebut ialah:

  1. Mengkaji semula blueprint tindakan untuk perpaduan Negara.
  2. Membentangkan Akta Harmoni Kebangsaan ke Parlimen.
  3. Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Negara di peringkat kementerian untuk mengawasi pelaksanaan program perpaduan nasional di seluruh negara.
  4. Membentuk Dana Perpaduan Negara yang bebas untuk membolehkan pembiayaan projek mempromosikan dan melindungi perpaduan negara, pemahaman kaum dan agama.
  5. Mengkaji semula kurikulum dan ko-kurikulum sekolah dan universiti untuk mengintegrasikan aktiviti dan program yang memupuk semangat perpaduan negara dan ikatan awal kanak-kanak dalam pelbagai etnik dan agama.
  6. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Kesaksamaan yang bebas yang menangani aduan diskriminasi, dengan kuasa untuk menjadi pengantara pertikaian, melaksanakan tindakan disiplin dan memberi cadangan kepada kerajaan.
  7. Melaksanakan kajian bebas terhadap Biro Tata Negara (BTN) untuk memastikan operasinya telus, bertanggungjawab dan selaras dengan objektif mempromosikan perpaduan negara dan keharmonian kaum.
  8. Mengesahkan Konvensyen Antarabangsa tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum dan melaksanakan pelan tindakan untuk melaksanakan cadangan konvensyen.

“Walau apa pun persaingan politik dalam PRU14, kami mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghormati, menyayangi serta meraikan kepelbagaian etnik, agama, bahasa, budaya, jantina, gaya hidup dan kepercayaan politik kita,” tegas Hj Zaid.

Beliau turut menyeru supaya bersama-sama berganding bahu demi keharmonian kaum dan agama serta mewujudkan nilai-nilai keadilan, kesaksamaan, persaudaraan dan martabat kemanusiaan yang sejati untuk membina ‘Malaysia Yang Lebih Baik’.

Last modified on Wednesday, 07 February 2018

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd