wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 12 ربيع الثاني 1440   |   Wednesday December 19 2018


KUALA KUBU BHARU - Timbalan Menteri Pendidikan 1, YB Dato' P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan menyatakan rasa kagumnya dan memuji kejayaan program Perkhemahan Internasional Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH 2017 (PRINT’17) yang melibatkan penyertaan lebih 4,000 peserta termasuk dari Thailand dan Indonesia.

"Secara peribadi saya kagum dengan program dianjurkan ini kerana menghimpunkan peserta yang ramai dan berjalan dengan baik serta membuktikan kemampuan pemimpin NGO," katanya semasa merasmikan majlis penutup PRINT’17 mewakili Menteri Pendidikan di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah di sini.

Dengan kejayaan itu, tambahnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengiktiraf perkhemahan tersebut dan beliau gembira kerana PRINT’17 telah menegaskan konsep perpaduan nasional dengan penglibatan pelbagai kaum dan bangsa.

“4,000 orang pelajar menggunakan wang sendiri untuk mengambil bahagian menunjukkan ada sesuatu istimewa dalam program ini yang menyatukan mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, penganjuran program ini juga menunjukkan kepercayaan besar ibu bapa terhadap KRS MUSLEH kerana sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk memberi peluang kepada anak-anak mereka terlibat.

  

Jelasnya lagi, terdapat tiga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang menghantar peserta buat kali pertama iaitu Kedah, Perak dan Johor dan beliau berharap agar semua JPN lain mengambil bahagian dalam penganjuran PRINT yang akan datang.

Menurut pihak penganjur, kontinjen ketiga-tiga kontinjen negeri juga amat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat menyertai PRINT’17 dan tertarik dengan penekanan program dalam aspek akhlak, adab, kerohanian serta etika pemakaian.

Seorang peserta, Nurul Atirah Saimi daripada Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh melahirkan perasaaan gembira kerana perkhemahan tersebut padat dengan aktiviti yang memberinya peluang untuk belajar perkara baru.

Peserta PRINT’17 dari Thailand pula terdiri daripada 100 orang ahli Looksue Assalam daripada Assalam Smart School Association manakala peserta Indonesia daripada Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) menghantar seramai 500 ahlinya.

Turut hadir dalam majlis itu Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Penaung KRS MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

  

Majlis telah diserikan dengan persembahan khas gendang 24 musim oleh pasukan Sekolah Menengah Sin Min, Sungai Petani serta pertunjukan BaSeD oleh anggota KRS MUSLEH.

Dalam majlis penutup perkhemahan lima hari pada 10-14 Disember itu, YB Timbalan Menteri turut melancarkan penubuhan Persatuan Alumni KRS IKRAM MUSLEH, Persatuan Memanah Tradisional MUSLEH dan Majalah 10 Tahun KRS MUSLEH.

Pada masa yang sama, Pengerusi KRS MUSLEH, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa berkata, negara jiran Indonesia dan Thailand konsisten terlibat dalam perkhemahan ini sejak kali pertama ia diadakan.

Katanya, selain daripada menghubungkan ukhuwah, pemyertaan negara tersebut dapat memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari budaya yang pelbagai.

Last modified on Tuesday, 19 December 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd