wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

KUBANG KERIAN -  Kempen ‘Free Gadget Hour’ yang dilaksanakan sepanjang Karnival Keluarga Rahmah 2017 terbukti mampu meningkatkan komunikasi antara ahli keluarga seterusnya mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Diadakan secara ala piknik keluarga, semua ahli keluarga berjaya meletakkan telefon bimbit dalam kotak gajet dan menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan selama hampir empat jam.

Karnival sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia (BKK1M) peringkat Negeri Kelantan ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan pada 18 November lalu di sini.

Menurut Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr Norhani Abdul Rani, karnival ini bertujuan mempromosikan lima teras keluarga bahagia iaitu Kasih Sayang, Sihat, Selamat, Ilmu dan Harmoni.

“Saya menggesa semua hadirin agar mengutamakan keluarga dan memperuntukkan masa untuk membina hubungan kekeluargaan,” kata Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dato’ Hajah Mariam Mas Yacob dalam ucapan perasmiannya.

Turut hadir Pemangku Pengarah LPPKN Negeri Kelantan, Puan Lim Lee Peng.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Mohd Shaarani Mohd Naim dan juga Profesor Dr Dinsuhaimi Sidek yang mewakili Pihak USM turut hadir memberikan sokongan dan menyambut baik kerjasama yang diberikan LPPKN kepada IKRAM dan USM untuk menganjurkan program ini.

    

Perasmian, sesi Lakaran Keluarga Idamanku dan Atuk Bercerita

“IKRAM menitikberatkan usaha pembinaan dan pembelaan keluarga, dan keutuhan keluarga adalah salah satu ciri penting gagasan negara rahmah yang IKRAM perjuangkan, ” jelas Dr Shaarani.

Rata-rata para hadirin menyatakan kegembiraan mereka dapat bersama keluarga dalam pelbagai aktiviti yang dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan antara mereka.

“Semoga Karnival Keluarga Rahmah 2017 berupaya melonjakkan semangat semua warga Malaysia agar bertindak melakukan usaha mengukuhkan keluarga mereka supaya kita dapat jadikan Malaysia sebagai keluarga rahmah dan sejahtera untuk semua.”

Karnival separuh hari ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk acara senaman keluarga, Lakaran Keluarga Idamanku, kuiz keluarga, sesi Atuk Bercerita, ‘photo booth’ dan juga pemeriksaan kesihatan.

“Budaya tolong-menolong dan berkasih sayang membolehkan kita hidup bersama-sama seperti sebuah keluarga,” kata sekumpulan pelajar IPT yang berpeluang hadir bersama kawan-kawan serumah mereka turut berkongsi pandangan.

Kehadiran badut turut menceriakan suasana kanak-kanak dan remaja di celah-celah kesibukan mereka melukis dan mewarna.

Dalam pada itu, hadirin turut dikejutkan dengan persembahan ‘flashmob’ bertenaga pasukan IKRAMTeens dan persembahan violin Orkestra USM.

Lagi foto karnival: http://bit.ly/2Aj2sMM

Last modified on Tuesday, 21 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!