wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 ربيع الأوّل 1439   |   Monday November 20 2017

SEBERANG JAYA - i-Bantu Pulau Pinang mengumumkan penutupan Pusat Operasi Banjirnya pada Ahad lalu.

“i-Bantu Pulau Pinang mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli IKRAM dan seluruh institusi IKRAM yang datang dari seluruh pelusuk negara untuk menghulurkan bantuan di sini,” kata Ketua Pusat Operasi Banjir, Encik Hamizat Ahmad.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Malaysia secara perseorangan atau berkumpulan yang datang membantu sama ada dalam bentuk tenaga, fikiran, peralatan, barangan dan wang ringgit.

Tambahnya lagi, penghargaan ini turut ditujukan kepada rakyat Thailand dan Singapura yang datang membantu secara perseorangan dan berkumpulan.

“Setelah lapan hari bertungkus lumus siang dan malam, pada hari ini banyak perkara telah selesai dan masing-masing telah pun kembali ke rumah menjalani kehidupan seperti biasa.”

Jelasnya, peristiwa banjir baru-baru ini memberi pengajaran bahawa Allah memberi ujian atas keimanan dan sikap kepedulian serta tolong-menolong sesama warga Malaysia tanpa mengira agama, ras dan warna kulit.

"Penglibatan warga Malaysia ini juga mengetepikan sikap pilih kasih dan fahaman politik justeru menyosong pembinaan negara Rahmah yang kita idam idamkan."

Last modified on Tuesday, 14 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd