wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 ربيع الأوّل 1439   |   Monday November 20 2017

 

PULAU PINANG - Seramai 600 orang sukarelawan daripada Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu bersama beberapa buah NGO termasuk IPT sedang membantu dan menyantuni mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Kita telah mengumpul seramai 600 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia dan sekarang ini sedang bergerak ke kawasan yang telah kita tumpukan iaitu di sekitar Seberang Perai Utara,” jelas Pengarah Operasi Bantuan Banjir i-Bantu Pulau Pinang, Encik Hamizat Ahmad semalam.

Antara pihak-pihak yang bekerjasama dengan i-Bantu adalah MyCARE, GEMA HEROES, SKUBA Belia Harmoni, CUCMS, IKRAM Health dan Clean Squad Bangi.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan di Pulau Pinang.”

Sehingga Jumaat lepas tambahnya, kutipan bantuan banjir yang diterima berjumlah RM27,000.

“Nilai sumbangan barangan yang diterima dianggarkan RM10,000 antaranya beras, waterjet, pampers, pakaian, tilam, makanan kering dan lain-lain.”

Hasil sumbangan orang ramai, tambahnya, pihaknya telah mengagihkan pek makanan dan kebersihan kepada lebih 2,000 orang mangsa banjir setakat ini, termasuk memberikan khidmat membersihkan masjid, gerai, tadika dan rumah.

Antara lokasi-lokasi yang telah disantuni ialah Taman Mangga, Taman Sentul, Kampung Pertama, Kampung Besar Pauh, Tanah Liat dan Permatang Nibong di Seberang Perai Tengah.

Turut disantuni kawasan Labuh Banting, Guar Jering, Dewan Sungai Dua, Masjid Nyior Sebatang, SK Sungai Dua, Dewan JKKK Pajak Song dan Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah (MAWAR) di Seberang Perai Utara serta Jelutong di Timur Laut.

“Keadaan ketika itu, air banjir telah naik menenggelamkan keseluruhan Pulau Pinang, hujan mula turun tanpa henti bermula 4 hingga 5 November lalu,” kata Hamizat yang juga Pengerusi i-Bantu Pulau Pinang tentang detik mula negeri itu dinaiki air.

Melihat keadaan tersebut, beliau mengambil langkah proaktif menggerakkan ahli-ahli IKRAM dan sukarelawan untuk mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir i-Bantu Pulau Pinang seterusnya mula membantu mangsa banjir di sekitarnya.

Selain pek makanan dan kebersihan, i-Bantu turut melancarkan rayuan sumbangan pek ibadah untuk mangsa-mangsa banjir dengan RM50 setiap set.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (Maybank 5621 4240 5154), akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA - KHIDMAT MASYARAKAT (Bank Islam 1211 30100 499 59) atau melalui atas talian di pautan www.i-bantu.org.my/reg/.

Sila sertakan bukti bayaran ke e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau WhatsApp/Telegram: +6017 276 6384 / +6011 6050 1137.

Last modified on Sunday, 12 November 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd