wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 ربيع الأوّل 1439   |   Monday November 20 2017

SERI KEMBANGAN - Seramai 17 orang ahli Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) bakal melebarkan amal ke Kemboja melalui Harmoni Mission pada Disember ini yang memfokuskan bantuan pendidikan, fasiliti dan beberapa keperluan asas.

“Misi ini bertepatan dengan ciri kelapan gagasan Kampus Harmoni iaitu ‘Peranan Kampus dalam Isu-Isu Masyarakat, Negara dan Antarabangsa Diiktiraf’,” kata Pengarah Harmoni Mission, Saudara Muhammad Miqdam Mohd Rashid.

Jelasnya, projek-projek yang bakal dilaksanakan di Kemboja iaitu Sumbangan Pendidikan (RM5,000), Wakaf Fasiliti (RM7,500) dan Bag of Harmoni (RM12,600) memerlukan sumbangan orang ramai untuk menjayakannya.

Menurutnya, Sumbangan Pendidikan khusus digunakan untuk aktiviti pembangunan mahasiswa dan kanak-kanak di kawasan perkampungan dengan wakaf berjumlah RM20 setiap lot.

Sementara itu, tambahnya, projek Wakaf Fasiliti bertujuan membangunkan kemudahan infrastruktur seperti tandas, sumber bekalan air terutamanya yang amat terhad untuk diperolehi di mana wakaf tersebut berjumlah RM30 setiap lot.

“Bag of Harmoni pula akan menyediakan keperluan mandiri yang terdiri daripada keperluan makanan harian, kelengkapan solat, set kesihatan dan kebersihan, dan set pembelajaran bagi kanak-kanak.”

Pihak Harmoni Mission mensasarkan 105 buah Bag Of Harmoni untuk disumbangkan kepada warga Kemboja di mana setiap beg memerlukan dana sebanyak RM120.

"Antara kandungan kegembiraan Bag of Harmoni adalah ubat-ubatan, makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta barangan kebersihan seperti sabun,ubat gigi dan syampu."

Tambah Miqdam, misi ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Humanitaian Care Malaysia (MyCARE) dan agensinya, Nusantara Care (NICE) yang menjadi rujukan rapat sepanjang misi ini dilaksanakan.

Justeru itu, ahli-ahli misi merayu orang ramai dan pelbagai pihak yang berminat untuk menyumbang supaya menyalurkan sumbangan tersebut kepada akaun CIMB Islamic 860-301-2762 atas nama HARMONI STRATEGIK RESOURCES.

Sila e-melkan bukti sumbangan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hantarkan Whatsapp kepada Hajar ( 013-660 3019) atau Shouqqie (017-439 4359) dengan rujukan ‘wakaf fasiliti’, ‘wakaf pendidikan’ atau ‘bag of harmoni’.

Last modified on Friday, 20 October 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!