wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 ربيع الأوّل 1439   |   Monday November 20 2017

SERI KEMBANGAN - Kakitangan IKRAM perlu menguruskan dan menjaga kesihatan mereka dengan ilmu supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

"Kita nak urus kesihatan kita, mesti dengan ilmu," kata Setiausaha Agung IKRAM, Hj. Nahar Md. Nor semasa berucap dalam majlis penutup i-Fit 2017.

Beliau memberi contoh bagaimana Ibu Pejabat IKRAM telah mengubah menu makanan yang ditempah menepati konsep suku (nasi), suku (lauk), separuh (sayur dan buah) pada sebiji pinggan berdasarkan neraca ilmu.

Tambah beliau, untuk menjadi sihat, semua aspek kesihatan mesti diambil kira merangkumi tubuh badan, rohani serta minda dan emosi.

"Amalan-amalan untuk menjaga sistem-sistem tubuh badan kita (ialah dengan) riadah, amalan pemakanan sihat dan tidur yang cukup."

Beliau berkongsi tip pemakanan sihat antaranya tidak makan berat sebelum tidur, mengurangkan penggunaan gula dan mengamalkan minum air bali.

Dalam aspek kesihatan rohani pula, Nahar menekankan kepentingan memelihara ibadah fardu dan sunat secara konsisten serta menjaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia.

Beliau menyarankan supaya kakitangan IKRAM mempelajari teknik menguruskan emosi supaya dapat mengawalnya samada dalam keadaan marah, resah, sedih, cinta dan lain-lain.

"Jangan jawab mesej atau tulis status dalam keadaan emosi tidak stabil," katanya berkongsi tip urus emosi di media sosial.

Ujarnya, pengguna perlu bertenang sebelum menjawab status atau tulisan yang boleh mengganggu emosi dan menimbulkan kemarahan memandangkan media sosial menjadi punca stres pada masa kini.

Beliau turut menggesa agar berkongsi masalah dengan sahabat rapat sebagai sebahagian daripada penyelesaian masalah tersebut, mengambil tip daripada pakar motivasi popular, Dale Carnegie.

Dalam ucapan itu juga, Nahar mengucapkan tahniah kepada pihak urusetia i-Fit 2017 yang berjaya menggerakkan kempen ini selama enam bulan demi menjaga kesihatan para kakitangan.

Last modified on Friday, 20 October 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd