wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

 

SERI KEMBANGAN - Kempen kesihatan i-Fit 2017 anjuran Ibu Pejabat IKRAM telah melabuhkan tirainya semalam yang memperlihatkan perkembangan positif kakitangannya yang semakin cakna dengan kesihatan diri.

"Syukur kempen i-Fit mula menampakkan kesan positif kepada kakitangan IKRAM untuk menjaga kesihatan terutamanya dalam aspek kuantiti pengambilan makanan dan pengurangan berat badan," kata Sekretariat i-Fit, Cik Siti Nur Adibah Zulkafli.

Tambahnya, sebelum majlis penutup kempen i-Fit 2017, para kakitangan IKRAM disajikan dengan perkongsian contoh aktiviti senaman, gaya hidup sihat dan pemakanan efektif
terutamanya bagi menurunkan berat badan oleh pengasas senaman Follow The Beat, En. Mohd Sufian Sulaiman.

"Ini penting supaya momentum penjagaan kesihatan dalam kakitangan IKRAM akan berterusan meskipun kempen i-Fit sudah tamat," jelasnya.

Kempen ini telah berlangsung selama enam bulan bermula April hingga September lalu dengan pelbagai aktiviti diadakan antaranya ceramah kesihatan, pengurusan emosi,
pertandingan pingpong, kempen derma darah dan kelas aerobik.

"Insya-Allah, saya optimis kempen sebegini akan diteruskan pada masa akan datang memandangkan kerjasama yang amat dalam baik kalangan urusetia dan kakitangan untuk menjayakannya," kata Adibah.

Dalam majlis penutup kempen, beberapa kakitangan berjaya membuat perubahan ke arah BMI ideal dalam konteks pengurangan berat badan, yang dimenangi Cik Nur Syazwani Ab. Wahid manakala Anugerah Khas i-Fit diraih En. Mohd. Syariffudin Abu Kassim.

Bagi pertandingan pingpong, Timbalan Presiden IKRAM, Hj. Zaid Kamaruddin menjuarai kategori lelaki manakala Eksekutif Wanita, Cik Nik Khatijah Nik Mud mengungguli kategori wanita.

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Agung IKRAM, Hj. Nahar Md. Nor yang turut menyampaikan ucapan penutup.

Tahniah kepada pihak urusetia yang berjaya menjalankan kempen i-Fit 2017 buat julung kalinya bagi memastikan para kakitangan IKRAM sentiasa cergas dan cerdas dalam menguruskan perjuangan.

Last modified on Wednesday, 18 October 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd