wrapper

Berita Terkini

السبت 11 المحرّم 1440   |   Saturday September 22 2018


KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya, badan kemanusiaan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) berjaya melancarkan satu sesi perkongsian bersama para pemimpin komuniti Rohingya yang berada di Malaysia pada Rabu lalu.

Dengan membawa tajuk "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung", MyCARE membuat satu inisiatif baru dengan bertujuan mendidik pelarian Rohingya di Malaysia.

Lebih daripada 35 orang pemimpin Rohingya dari seluruh Malaysia telah hadir dalam sesi perkongsian ini termasuk wakil-wakil dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Panelis pertama, Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor begitu optimis untuk melihat pelarian-pelarian Rohingya ini dapat balik ke negara mereka dan menubuhkan sebuah negara yang berdaulat.

Panelis jemputan, Dr. Azizah Kassim, Pengerusi Refugee Support Group telah membentangkan satu kertas kerja mengenai sikap rakyat Malaysia serta kelakuan pelarian Rohingya di Malaysia.

Dr. Azizah mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam mengendalikan isu-isu pelarian di Malaysia.

Beliau mencadangkan beberapa inisiatif bagi mendidik pelarian Rohingya seperti membenarkan anak-anak pelarian ini bersekolah di sekolah kerajaan seperti yang dilaksanakan sebelum tahun 2002.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin dalam kalangan mereka juga harus bersatu padu mendidik sikap pelarian Rohingya yang berada di Malaysia supaya tidak menimbulkan masalah sosial.

Semoga langkah pertama MyCARE ini dalam mendidik pelarian Rohingya secara holistik akan menjadi pemangkin usaha seterusnya.

Walau bagaimanapun, pelarian Rohingya yang mempunyai masalah sosial dan pernah menimbulkan masalah wajar dibantu kerana sistem pendidikan mereka telah dihapuskan sejak dahulu lagi oleh rejim Myanmar.

Sumber: MyCARE
Lagi foto: http://bit.ly/2x0u8EE

Last modified on Friday, 29 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is a Joomla Security extension!