wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 29 ربيع الثاني 1439   |   Wednesday January 17 2018

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah berjaya menubuhkan dua kawasan baru iaitu Padang Rengas dan Batu Gajah, Perak yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 20 dan 21 September 2017 yang lalu.

Sebelumnya, kedua-dua kawasan ini telah diluluskan permohonan penubuhannya oleh Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM dalam mesyuaratnya yang ke-69 pada 26 Mei 2017.

Setelah melalui proses permohonan di ROS dan mengadakan Mesyuarat Penubuhan Kawasan, IKRAM Padang Rengas dan IKRAM Batu Gajah akhirnya masing-masing diluluskan penubuhannya.

Dalam Mesyuarat Penubuhan Kawasan, ahli-ahli IKRAM Padang Rengas dengan rasminya telah melantik Haji Khairudin Anuan@Anuar sebagai Yang Dipertua manakala Puan Hajjah Mahani Yusoff telah dilantik sebagai Ketua Wanita.

  

AJK IKRAM Batu Gajah dan Mesyuarat Penubuhan IKRAM Padang Rengas

Sementara itu, Haji Abdul Jalil Abdullah dan Hajjah Marlini Mohd Daud pula telah secara rasminya dilantik menjadi Yang Dipertua IKRAM Batu Gajah dan Ketua Wanita oleh ahli-ahli kawasan tersebut.

Penubuhan dua kawasan ini menjadikan bilangan IKRAM Kawasan meningkat sebanyak 10 di Perak dan 81 Kawasan secara keseluruhannya di seluruh negara.

Lapan IKRAM Kawasan lain di Perak ialah Ipoh, Perak Tengah, Taiping, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Batang Padang, Teluk Intan dan Manjung. Tahniah kepada IKRAM Perak kerana telah berjaya menubuhkan dua kawasan baru ini.

Semoga dengan tertubuhnya IKRAM Padang Rengas dan IKRAM Batu Gajah ini, lebih ramai masyarakat setempat dapat mengikuti aktiviti-aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan yang dianjurkan, insya-Allah.

Kredit foto: The Star

Last modified on Thursday, 28 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!