wrapper

Berita Terkini

الخميس 7 شوّال 1439   |   Thursday June 21 2018

BUKIT MERTAJAM - Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), Hj. Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah telah menerima Anugerah Tokoh Pendakwah Maal Hijrah 1439H/2017M bersama 14 orang lagi tokoh pendakwah lain pada Jumaat lalu.

Majlis anugerah yang julung kali diadakan anjuran Islamic Propagation Society International (IPSI) dengan kerjasama kerajaan Pulau Pinang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para pendakwah kepada masyarakat bukan Islam khususnya yang aktif di seluruh negeri.

Nicholas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pernah menerima Anugerah Tokoh Saudara Baru Maulidur Rasul Negeri Sabah 2009 dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 2013.

Selain Nicholas, turut menerima anugerah tersebut adalah Sheikh Hussain Yee, Firdaus Wong Wai Hung, Amran Anbarasu Abdullah, Muhammad Fitri Abdullah, Lim Jooi Soon, Mohamad Ali Abdullah, Muhammad Michael Abdullah, Muhd Nur Azlee Stanley Muhd Savarimuthu, Shah Kirit Kakulal Govindji, Abdul Malik Abdullah, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, Mohd Naim Islam Abdullah, Norhana Ng Abdullah and Hj. Kamarudin Abdullah.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai, Bandar Perda di sini.

Setiap penerima anugerah menerima sebuah trofi kristal, sijil pengiktirafan daripada kerajaan negeri dan juga wang tunai sebanyak RM3,000 daripada IPSI.

Sebelum penyampaian anugerah, sebuah forum yang bertajuk "Islam Rahmat Untuk Semua" turut diadakan yang menampilkan tiga panelis iaitu Bro Shah Kirit, Bro Firdaus Wong, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hj. Kamarudin sebagai moderator.

Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Penasihat IPSI, Dr. Amir Shah dan Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Mohd. Yusof Latif.

Sumber: IPSI

Last modified on Wednesday, 27 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd