wrapper

Berita Terkini

الخميس 28 المحرّم 1439   |   Thursday October 19 2017

ALOR SETAR - Sebanyak empat buah sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH berjaya merangkul 19 daripada 25 anugerah sempena Majlis Anugerah Kurikulum, Kokurikulum & Sukan Sekolah-Sekolah Swasta & Antarabangsa anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah semalam.

Pusat Pendidikan Al-Azhar, Jitra mewakili Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Al-Azhar meraih 14 anugerah sementara Pusat Pendidikan Al-Islah, Sungai Petani mewakili Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Al-Islah pula meraih lima anugerah dalam majlis yang julung-julung kali diadakan di AiU Convocation Hall, Kompleks Al-Bukhary di sini.

Sementara itu, jemaah hakim dengan sebulat suara telah menobatkan Mudir Pusat Pendidikan Al-Azhar, Ustaz Hj. Sayuti Ramli sebagai Tokoh Kepimpinan Institusi Pendidikan Swasta 2016 yang mengambil kira usaha dan jasa beliau selama 28 tahun mengasas dan membangunkan Pusat Pendidikan Al-Azhar.

Ustaz Sayuti menerima anugerah Tokoh Kepimpinan Institusi Pendidikan Swasta

Antara anugerah yang telah dirangkul Sekolah Rendah Al-Azhar adalah Pelajar Cemerlang UPSR 2016 (Nur Insyirah Ismail), Pelajar Terbaik Kokurikulum Sekolah Rendah 2016 Putera (Muhammad Rafiq Mat Rani), Pelajar Terbaik Sukan Sekolah Rendah 2016 Putera (Muhammad Amalfi Aufa Asmadi Affendi) dan Anugerah Lima Bintang Standard Kualiti Institut Pendidikan Swasta 2015.

Sekolah Menengah Al-Azhar pula telah berjaya menggungguli sembilan kategori iaitu Pelajar Cemerlang SPM 2016 (Mawar Faisol), Pelajar Terbaik Kokurikulum Menengah 2016 Putera (Muhammad Akhtar Iskandar Mohamad Noor) dan Guru Cemerlang Akademik 2016 Sekolah Menengah (Puan Nurul Sakinah Azmi).

Sekolah ini turut meraih anugerah dalam kategori Guru Cemerlang Sukan 2016 Sekolah Menengah (Encik Suryadi Marzuki), Guru Cemerlang Kokurikulum 2016 Sekolah Menengah (Cik Syairah Hassim), Sekolah Prestasi Terbaik SPM 2016 & Anugerah Lima Bintang Standart Kualiti Institut Pendidikan Swasta 2015.

Dalam pada itu, Sekolah Rendah Al-Islah berjaya merangkul anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2016 (Sarah Rusydina Rushedey) dan Anugerah Lima Bintang Standard Kualiti Institut Pendidikan Swasta 2015.

Sekolah Menengah Al-Islah pula menerima anugerah Sekolah Prestasi Terbaik Sukan 2016 (Menengah), Pelajar Cemerlang SPM 2016 (Mohamad Mu’az Mohamad) dan Anugerah Lima Bintang Standart Kualiti Institut Pendidikan Swasta 2015.

Majlis perasmian dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Lutfi Zubir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Majlis anugerah anjuran Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Kedah bertujuan mengiktiraf pencapaian serta prestasi sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa di negeri Kedah dalam akademik, kokurikulum dan sukan.

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Al-Azhar serta Sekolah Rendah Al-Islah dan Sekolah Menengah Al-Islah merupakan sekolah-sekolah yang bernaung di bawah IKRAM MUSLEH. Terdapat lebih daripada 40 sekolah yang bernaung di bawah IKRAM MUSLEH yang dibangunkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Last modified on Thursday, 21 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd