wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017


BIRMINGHAM - Ahli-ahli IKRAM United Kingdom & Eire (UKE) telah menyambut Hari Malaysia pada 16 September lalu secara tersendiri dengan mengikuti kursus latihan kepimpinan ‘Leadership Training & Induction Programme’ (LTIP 2017) di Birmingham.

Menurut Ketua Jawatankuasa Media IKRAM UKE, Muhammad Muhsin Abd Rahman, LTIP tahun ini membawa modul Model Kepemimpinan IKRAM (MKI) kepada pimpinan nasional dan kawasan.

“Ia sebagai salah satu cabang usaha memperkasakan ahli. Ini merupakan latihan persediaan untuk menghadapi jalan perjuangan dakwah yang panjang ini,” jelas Muhsin.

Program dibahagikan beberapa sesi iaitu MKI Kelompok 1(Memimpin Diri), MKI Kelompok 2 (Memimpin Manusia), MKI kelompok 3 (Memimpin Perjuangan) role play komunikasi antara pemimpin dan ahli jawatankuasa.

Semenjak tahun 2016, IKRAM UKE telah bercita-cita menukar wajah dan misi daripada sebuah badan kebajikan, dakwah dan tarbiah (2010) kepada hab penghasilan pemimpin.

“Ini merupakan persetujuan bersama melihatkan konteks dan potensi pelajar-pelajar di UK dan Ireland.”

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Program LTIP 2017, Dr. Zaquan Abd Ghafar berkata, proses pembentukan pemimpin ini adalah usaha yang berterusan.

“Segala teori dan latihan yang dilakukan dalam program LTIP perlu dibumikan dan dikembangkan oleh para peserta dengan amal-amal di medan masing-masing dan sentiasa dimuhasabahkan."

Beliau berkata, IKRAM UKE adalah sebuah hab penghasilan pemimpin yang mampu membimbing, berkhidmat dan menerajui masyarakat menuju negara rahmah.

“Misi baru ini selari dengan cinta dan sayang kami kepada negara Malaysia, juga kepada ummah seluruhnya,” kata Muhsin lagi.

Dalam pada itu, IKRAM UKE turut berharap lebih ramai pelajar Malaysia di bumi UK dan Ireland dapat dibentuk menjadi pemimpin yang akan pulang dan memikul perjuangan agama, negara dan bangsa.

“Masyarakat dan negara perlu diislah dengan nilai-nilai islam, sekaligus membawa Malaysia menjadi negara rahmah. “

Antara produk kepimpinan yang ingin dibentuk dalam LTIP ini adalah untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai matlamat yang besar dan jelas, menggerakkan ahli secara efektif serta menumpukan semua sumber dan mensejajarkan tugasan dan aktiviti kepada matlamat.

“Dan akhirnya, sehebat mana pun, mereka mampu menundukkan diri mereka di bawah disiplin berorganisasi. Mereka proaktif dan memberi pandangan kritikal dalam proses membuat keputusan. Tetapi yakin dan teguh dalam melaksanakan hasil syura tersebut.”

Semoga LTIP kali ini dapat membantu dalam proses membina diri menjadi pemimpin yang mampu membimbing, berkhidmat, dan menerajui masyarakat menuju Negara Rahmah., insya-Allah.

Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW bersabda: “Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin.” (HR Muslim)

Ciri-ciri Negara  Rahmah: http://tv.ikram.org.my/?p=1927)

Last modified on Wednesday, 20 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!