wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

PATANI - Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM, Sr. Hj. Che Rahimi Samat dan Timbalan Yang Dipertua IKRAM Kelantan, Prof. Dr. Dinsuhaimi Sidek telah diundang untuk memberikan pengisian dalam Seminar Rahsia Pendidikan Keluarga Sakinah pada 16 September lalu di Universiti Fatoni di sini.

Antara isi-isi penting yang ditekankan oleh Sr. Che Rahimi ialah kepentingan usaha untuk mewujudkan keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah dalam keluarga.

“Langkah-langkah utama perlulah bermula daripada pemilihan pasangan, menyuburkan benih-benih cinta dalam rumahtangga berdasarkan panduan al-Quran dan as-Sunnah, membina kasih sayang dengan petunjuk Rabbani dan proses-proses pengukuhan institusi keluarga agar kekal hingga ke syurga.”

Selain itu, beliau turut menerangkan langkah-langkah mendidik anak secara berkesan sebagai sebahagian daripada ciri-ciri keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah berserta dengan tip-tip praktikal terutamanya dalam menangani cabaran dunia global hari ini.

“Peranan keibubapaan lebih mencabar dan memerlukan lebih penghayatan serta tumpuan,” demikian ujarnya.

    

Para peserta seminar, bersama urusetia dan Rektor universiti, Dr. Ismail Lutfi (foto 3, tengah)

Dalam sesi interaktif bersama peserta, Dr. Dinsuhaimi yang juga selaku Pengerusi i-Bantu Kelantan turut berkongsi peranan dan tanggungjawab pasangan suami isteri.

Peserta yang hadir berpeluang bertanyakan soalan kepada penceramah antaranya, bagaimana suami boleh membantu isteri yang bekerja dalam tugas-tugas dalam rumah?

“Bagaimana menangani masalah suami yang bercakap lembut di luar tetapi kasar dengan anak isteri?” soal peserta.

Selain itu, soalan interaktif menarik daripada peserta ialah, bagaimana mengimbangi tugas bekerja di luar dan peranan dalam rumah tangga?

Dalam pada itu, rata-rata peserta tertarik dan berpuas hati dengan program yang diadakan ini, hingga berjaya menarik penyertaan pasangan suami isteri yang begitu ramai.

Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr. Hafidzah Mustakim dan Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr. Norhani Abd Norhani turut berpeluang memberikan input ketika sesi soal jawab yang diadakan.

Program turut dihadiri oleh Rektor Universiti Fatoni merangkap Pengerusi Yayasan as-Salam, Syeikh Dr. Ismail Lutfi dan Timbalannya, Dr. Omar Chapakia.

Universiti Fatoni ditubuhkan atas konsep sumbangan atau niat wakaf sejak 1992 mempunyai empat fakulti iaitu Fakulti Pengajian Islam dan Undang-undang, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Pendidikan.

Last modified on Wednesday, 20 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd