wrapper

Berita Terkini

الخميس 28 المحرّم 1439   |   Thursday October 19 2017


SERI KEMBANGAN - Komuniti rakyat Indonesia di Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama MyCARE untuk bekerjasama dalam menjalankan program kesedaran dan kutipan dana bagi membantu etnik Rohingya.

Dua badan komunti tersebut ialah Forum Komunikasi Masyarakat Muslim Indonesia di Malaysia (FORKOMMI) dan Forum Komunikasi Masyarakat Muslimah Indonesia (FOKMA).

Hadir dalam majlis pada Jumaat lalu Ketua FORKOMMI, Tuan Arip Dermawan dan Ketua FOKMA, Puan Evi Hartati serta MyCARE diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar. Turut menyaksikan Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor.

Kesediaan mereka untuk bekerjasama lantaran terpanggil bagi menyatakan keprihatinan dan seterusnya menyatakan pendirian tegas berkenaan dengan tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Arakan, Myanmar.

“Isu etnik Rohingya adalah tragedi kemanusiaan akibat daripada polisi pembersihan etnik dan genosid yang sudah berlaku semenjak beberapa dekad yang lalu,” ujar Kamarul Zaman mewakili yang lain.

Beliau berkata, pembantaian sistematik ini kini memuncak lagi sehingga 90,000 pelarian Rohingya yang kini membanjiri sempadan negara Bangladesh untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh dengan kejam oleh pihak tentera dan puak pelampau di Myanmar.

“FORKOMMI dan FOKMA akan menggembleng usaha bersama MyCARE untuk menjalankan siri program kesedaran dan kutipan dana untuk membantu Tabung Kecemasan Rohingya anjuran MyCARE,” jelas Tuan Arip Dermawan dan Puan Evi.

Menurut Kamarul Zaman, projek kerjasama ini akan berjalan bermula pada September ini melalui jaringan FORKOMMI dan FOKMA di seluruh negara.

“Semua sumbangan akan disalurkan melalui akaun MyCARE.”

MyCARE selaku NGO yang berpengalaman luas dalam isu ini akan turut membantu FORKOMMI dan FOKMA menjalankan program dan kutipan dana.

“Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana komuniti rakyat Indonesia yang ingin bersama projek ini boleh menghubungi Tuan Arip Darmawan, Ketua FORKOMMI di talian 017-2360331 atau Puan Evi Hartati, Ketua FOKMA di talian 011-1568 1108.”

Kepada rakyat Malaysia yang ingin menyumbang ke Tabung Kecemasan Rohingya secara atas talian, sila layari pautan www.billplz.com/selamatkanrohingya

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai MyCARE, En. Aiman untuk di talian 012-279 9734.

Last modified on Tuesday, 19 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd