wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 5 المحرّم 1439   |   Tuesday September 26 2017

SERI KEMBANGAN - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) hari ini menyambut baik himpunan aman "Wanita Bantah Politik Toksik" anjuran Wanita-Wanita Malaysia Prihatin daripada pelbagai kelompok dan kumpulan masyarakat pada Ahad ini, jam 5.00 petang di Vicinity Maju Junction, Kuala Lumpur.

"Perhimpunan ini merupakan satu inisiatif Wanita Malaysia yang menolak apa jua bentuk, gaya dan cara politik bankrap nilai, yang kini semakin parah dalam negara ini," kata Ketua Wanitanya, Datin Paduka Hjh. Che Asmah Ibrahim.

Tambahnya dalam satu kenyataan media, toksik adalah fenomena beracun yang sangat berbahaya kepada manusia dan hidupan lain di alam semesta. Ia juga boleh merebak ke setiap diri individu, masyarakat seterusnya tanahair yang kita cintai ini sekiranya tidak dibendung.

Justeru, jelasnya, sekalian rakyat Malaysia harus diperingatkan tentang bahayanya politik toksik ini.

"Ia wujud dalam bentuk tindakan keganasan, ancaman terhadap individu, ucapan-ucapan berbaur rasis, seksis, lucah, pengaiban serta perlecehan terhadap individu wanita yang meracuni pemikiran dan minda rakyat."

Tegas beliau, politik toksik ini seharusnya bukan dibantah oleh kaum wanita sahaja, tetapi semua rakyat Malaysia, daripada pelbagai golongan dan lapisan, lelaki dan wanita.

Beliau menyeru rakyat Malaysia daripada semua kaum, agama serta latar belakang politik yang berbeza agar bersama-sama berganding tenaga membantah, menghentikan dan memerangi politik toksik ini daripada menular dan menjadi budaya politik Malaysia.

"Ahli politik yang mengamalkan budaya politik toksik ini perlu ditolak oleh masyarakat daripada menjadi wakil kita."

Dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kebaikan dan keharmonian, beliau mengajak semua wanita untuk bersama-sama menyatakan bantahan dengan menyokong perhimpunan ini.

Last modified on Friday, 08 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!