wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

 

KUALA LUMPUR - Kira-kira 140 orang asatizah IKRAM dari seluruh negara telah menghadiri Himpunan Asatizah IKRAM 2017 yang diadakan pada Sabtu, 26 Ogos lalu di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa.

Himpunan Asatizah IKRAM anjuran Jawatankuasa Ulama IKRAM yang dulunya dikenali sebagai Multaqa Ulama Pelapis IKRAM berjaya menghimpunkan para asatizah pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama berbincang dan berkongsi idea.

Menurut Pengarah Program, Muhamad Syahir Nujaba' Ahmad, objektif himpunan ini adalah untuk membina ukhwah dalam kalangan individu yang berlatarbelakangkan ilmu syariah sekaligus memberi ruang untuk bertukar pendapat.

Program ini yang merupakan aktiviti wajib bagi setiap tahun, turut dijadikan platform untuk merekrut seramai mungkin tenaga dan bakat-bakat baru untuk dimobilisasikan seterusnya menggerakkan propaganda syariah IKRAM kepada masyarakat awam.

“Ia telah diadakan sejak tahun 2014 hingga tahun ini mengikut tema yang berbeza.”

“Siri pertama lebih kepada ukhuwah, siri kedua tentang bagaimana asatizah muda mahu mempersiapkan diri. Pada siri kali ini topik-topik dibincangkan mengikut bidang-bidang yang telah asatizah muda IKRAM bawa ke dalam masyarakat”, katanya.

Antara topik-topik yang dibincangkan dalam forum tersebut adalah ‘Peranan Asatizah Dalam Masyarakat’ dan ‘Di Mana Asatizah Muda IKRAM?’

Forum ‘Peranan Asatizah Dalam Masyarakat’ menampilkan panelis Dr. Mohd. Shaarani Mohd. Naim, Dr. Alizi Alias dan Dr. Surur Shahbudin sementara forum ‘Di Mana Asatizah Muda IKRAM?’ pula menampilkan panelis Ustaz Safwan, Muallim Fadhli dan Ustazah Asma’ Amatullah.

Tambah Syahir lagi, peserta yang hadir terdiri daripada mereka yang bakal memulakan pengajian di peringkat sarjana muda sehinggalah mereka yang telah menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah serta berada dalam lapangan masyarakat, dari dalam dan luar negara.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa penganjuran himpunan ini akan ditambah baik pada masa akan datang.

“Untuk tahun akan datang, ia akan diperkemaskan lagi dengan melibatkan interaksi dua hala seperti dewan perbahasan dan sebagainya.”

Himpunan dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Dr. Hj. Mohd. Parid Sheikh Ahmad. Turut hadir Naib Presiden IKRAM, Ustaz Hj. Burhanuddin Lukman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ulama IKRAM.

Last modified on Friday, 08 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd