wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

SERI KEMBANGAN - MyCARE di bawah agensi Nusantara Care telah berjaya menganjurkan Program Saringan Kesihatan secara percuma untuk komuniti Rohingya di beberapa tempat sekitar Selangor.

Program ini mendapat kerjasama para pegawai doktor, jururawat dan ahli farmasi daripada Beacon International Specialist Centre dan IKRAM Health serta dibantu oleh sukarelawan MyCARE Selangor.

Pada 26 Ogos lalu, para pelajar Madrasah Muiinul Islam Rohingya di Meru termasuk para guru dan ibu bapa telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang diketuai oleh Dr Raj.

Pada 19 Ogos 2017, pemeriksaan kesihatan turut diadakan di Sekolah Ethnic Rohingya Community of Arakan (ERCA), Sri Serdang yang diketuai oleh Dato' Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, melibatkan kanak-kanak yang belajar, ibu bapa dan juga tenaga pengajar di sana.

    

Saringan kesihatan di Meru, Sri Serdang dan Sg. Sekamat

Pada 12 Ogos pula, program ini juga dilaksanakan di penempatan komuniti Rohingya di Kampung Sungai Sekamat, Kajang yang diketuai oleh Dr. Raja A. Shaharul Malek. Pelbagai peringkat usia menjalani pemeriksaan tersebut sama ada kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak membantu kelancaran kehidupan etnik Rohingya yang berlindung di sini yang menghadapi dan kekejaman dan kezaliman berterusan tentera Myanmar dan ektremis Buddha di Arakan.

Mereka yang berminat untuk menyumbang dalam Tabung Kemanusiaan Rohingya, boleh melayari pautan berikut: https://www.billplz.com/selamatkanrohingya 

Last modified on Wednesday, 06 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd