wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 5 المحرّم 1439   |   Tuesday September 26 2017

SERI KEMBANGAN - Jawatankuasa Pemantapan Kesejahteraan Ahli (JK PeKA) IKRAM mengumumkan penubuhan Pusat Khidmat Kaunseling dan Bimbingan di Kedah, Terengganu, Selangor, Perak, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Ogos lalu di sini.

Bertujuan mencapai kesejahteraan individu dan keluarga, Pusat Khidmat Kaunseling dan Bimbingan ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan yang ditawarkan oleh JK PeKA berorientasikan rundingan dan kaunseling kepada ahli-ahli IKRAM.

“Setiap masalah dan isu yang berlaku pasti mempunyai jalan penyelesaiannya,” kata Eksekutif Kanan Jabatan PeKA IKRAM, Puan Nur Idayu Abd Rahman.

Menurutnya, melalui perkhidmatan ini, klien akan diberikan pemahaman tentang strategi dan langkah-langkah perancangan kehidupan yang lebih realistik berdasarkan kebolehan klien.

“JK PeKA berharap dengan penubuhan Pusat Khidmat Kaunseling dan Bimbingan ini dapat membantu ahli-ahli IKRAM menggunakan perkhidmatan ini dengan sebaiknya.”

Beliau berkata, tujuan lainnya adalah bagi menambah baik perancangan kehidupan yang lebih realistik serta mengurus tekanan dengan lebih sejahtera.

Pusat Khidmat Kaunseling dan Bimbingan ini adalah pusat perkhidmatan yang ditawarkan oleh JK PeKA IKRAM yang berorientasikan rundingan dan kaunseling bertujuan untuk mencapai kesejahteraan individu dan keluarga.

Bagi memudahkan ahli-ahli IKRAM mendapatkan perkhidmatan ini, berikut adalah senarai perhubungan Pengerusi JK PeKA IKRAM bagi setiap Pusat Khidmat Kaunseling di negeri-negeri yang terlibat:

  • Kedah - En. Yazi: 019-506 6017
  • Terengganu - Pn. Khatijah Dibok: 019-9347118
  • Selangor - Dr. Zalmiah: 016-2028258
  • Perak - En. Ghulam: 013-619 4640
  • Putrajaya - Dr. Fauzah: 013-627 7576
  • Wilayah Persekutuan KL - En. Khairul Anuar: 012-3804150
Last modified on Tuesday, 05 September 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd