wrapper

Berita Terkini

الجمعة 5 ربيع الأوّل 1439   |   Friday November 24 2017

KEMBOJA - Untuk mendapatkan gambaran mengenai masyarakat di Kemboja bagi membantu kelancaran HARMONI Mission pada Disember nanti, dua orang wakil IKRAM Siswa telah berlepas ke sana dengan menyertai “Human Development Program” pada 19 Ogos lalu.

Dalam program dua hari anjuran Pioneer Global Resources Training and Development (PGRD) di Pnhom Penh, mereka diwakili Nurul Husna As Saedah Bain, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Siswa Nasional dan Najiha Dhania Idris, aktivis Belia Harmoni Gombak.

Menurut Nurul Husna, “Human Development Program” bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas berkenaan perihal masyarakat di Kemboja.

“Ia sedikit sebanyak membantu pergerakan HARMONI Mission: Humanitarian Mission to Cambodia yang akan berlangsung di Kemboja pada Disember akan datang melibatkan 17 orang mahasiswa yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI).”

Mendapat kerjasama yang sangat baik diberikan oleh peserta program yang lain, mereka turut diberi slot perkongsian oleh pihak penganjur berkenaan IKRAM Siswa dan juga misi yang mereka ingin laksanakan di Kemboja nanti.

“Alhamdulillah, ada beberapa peserta yang mahu membantu menjayakan misi ini bersama pada masa akan datang.”

Last modified on Friday, 25 August 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!