wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 5 المحرّم 1439   |   Tuesday September 26 2017

SERI KEMBANGAN - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) dan Malaysians Against Pornography (MAP) melancarkan ‘Love Myself Campaign’ peringkat kebangsaan sebagai respons terhadap kes-kes jenayah seksual yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Menurut Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh. Che Asmah Ibrahim, inisiatif ini dibuat untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat terhadap kesan buruk ketagihan pornografi yang melibatkan golongan pelbagai lapisan umur dan latar belakang sosial.

“Kempen ini akan memberi pendidikan percuma atas talian dengan menawarkan kursus merangkumi rahsia peribadi, sentuhan selamat dan tidak selamat, penggunaan media sosial secara bijak dan langkah menangani ketagihan pornografi.”

Tambahnya dalam sidang media kempen itu semalam, kursus ini akan dijalankan secara berperingkat mulai Julai hingga September 2017 dan kursus yang pertama telah mendapat sambutan menggalakan daripada masyarakat umum.

Kemuncak kempen ini adalah acara larian yang diadakan pada 22 Oktober 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur yang merangkumi kategori 3 kilometer, 5 kilometer dan 7 kilometer dengan sasaran 1,000 orang peserta.

“Larian ini diadakan untuk mengumpulkan anggota masyarakat dari pelbagai lapisan umur di atas satu platform yang neutral, positif dan sihat,” katanya. 

Beliau turut melahirkan kebimbangan kerana ancaman pornografi internet bukan sekadar mengancam individu dewasa malah melibatkan kanak-kanak.

  

Sidang media Love Myself Campaign dan Hjh. Che Asmah

Jabatan Penyiasatan Jenayah Seksual Bukit Aman melaporkan, Malaysia adalah di antara negara tertinggi yang mempunyai kadar jenayah pornografi membabitkan kanak-kanak.

“Kempen ini diharapkan dapat membuka mata dan minda masyarakat untuk bersatu memerangi dan membanteras pornografi,” tambah Che Asmah.

'Love Myself Campaign' adalah kempen anjuran bersama Wanita IKRAM, MAP, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Yayasan Pendidikan Khalifah, Light Upon Light dan Protect and Safe The Children.

Antara acara menarik dalam kempen ini adalah pertandingan video pendek bagi kanak-kanak kategori 12 tahun dan ke bawah serta pertandingan mereka cipta poster digital bagi kategori remaja dan belia.

Selain para wartawan, turut hadir dalam sidang media ialah rakan-rakan kerjasama kempen iaitu Dr Suria Jamal (Sekretariat MAP), En K. Juslly Ellis (MCMC), Dr Hazwani Abdullah dan Puan Aina Nur Azmi (Yayasan Pendidikan Khalifah), Ms Shenny Cheng (Protect and Save The Children) dan Cik Aizan Nur Yusof (Light Upon Light).

Selain itu, penaja-penaja Love Myself Run 2017 daripada Alif & Sofia, Ultron dan Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS) juga hadir memberikan sokongan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lovemyself.ikram.org.my atau ikuti facebook Malaysians Against Pornography dan Love Myself Campaign.

Last modified on Tuesday, 15 August 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd