wrapper

Berita Terkini

السبت 2 المحرّم 1439   |   Saturday September 23 2017

ASTANA - Malaysia melancarkan Minggu Bandar Lestari di Pavilion Malaysia dalam pameran Astana Expo 2017 pada 1 Ogos lalu yang memfokuskan pembangunan bandar lestari berikutan bandar menjadi penyumbang utama pelepasan karbon dunia.

“Pelancaran ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan bandar lestari kerana bandar-bandar terus menjadi penyumbang utama kepada pelepasan gas rumah hijau (GHG), kira-kira 70 peratus daripada pelepasan karbon di dunia,” kata Naib Presiden (Green Living) GreenTech Malaysia, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim.

Beliau berkata, pembangunan bandar dijangka meningkat dan menghasilkan lebih banyak pelepasan karbon yang menyumbang kepada perubahan iklim.

"Di Malaysia, kami telah memperkenalkan Rangka Kerja Bandaraya Rendah Karbon untuk membimbing pihak berkuasa tempatan dan pemaju dalam membuat keputusan mengenai penyelesaian yang lebih hijau."

Menurutnya, dengan meningkatnya minat dari pihak berkuasa tempatan dalam membangunkan bandar-bandar rendah karbon, pihaknya bertambah yakin sedang berada di landasan yang betul.

“Kami semakin yakin bahawa kami berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah ekonomi hijau yang rendah karbon, iklim yang berdaya tahan," kata Hajah Che Asmah Ibrahim yang juga Ketua Wanita IKRAM dalam ucapannya dalam majlis pelancaran tersebut.

Minggu Bandar Lestari dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Duta Malaysia ke Republik Kazakhstan, Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Timbalan Datuk Bandar Pertama Wilayah Kazakhstan Barat, Arman Utegulov dan Timbalan Datuk Bandar Uralsk, Mirbolat Nurzhanov.

Pelbagai syarikat yang termasuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Perbadanan Putrajaya, Sime Darby Property Bhd dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut mengambil bahagian untuk mempromosikan minggu bandar lestari.

Minggu bandar lestari itu diadakan dari 31 Julai hingga 4 Ogos 2017 dan ia melibatkan siri perbincangan dan perbincangan panel bagi perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta sesi pemadanan perniagaan untuk memupuk kerjasama antara syarikat Malaysia dan Kazakhstan serta negara-negara yang mengambil bahagian dalam ekspo.

Sumber: NST

Last modified on Tuesday, 08 August 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd