wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 29 ربيع الثاني 1439   |   Wednesday January 17 2018

SERI KEMBANGAN - Program Pembangunan Muwajih Tarbawi Nasional kali kedua yang berlangsung semenjak Mac 2016 telah pun melabuhkan tirainya pada 8 Julai lalu dengan menghasilkan seramai 73 graduan dari seluruh negara.

Pengarah Program, Ustaz Ahmad Faridz Abdullah berkata, program ini bertujuan bagi mempersiapkan muwajjih untuk berkongsi kefahaman tarbawi kepada semua ahli seterusnya mendidik masyarakat kepada perubahan yang lebih baik.

“Program Muwajjih ini, bukan untuk kita hadir dengar pengisian, tapi menyiapkan pesertanya untuk terus memberi dan berkongsi kefahaman tarbawi kepada semua ahli seterusnya mendidik masyarakat kita kepada perubahan yang lebih baik."

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria dalam ucapannya menyatakan bahawa program ini juga adalah harapan daripada qudama’ agar wujud lebih ramai pelapis muwajih ummah seterusnya menjadi mentor kepada generasi baru dan juga masyarakat.

Melihat kepada kehadiran yang lebih ramai dan respons aktif dalam program kali ini, para peserta dituntut agar dapat berperanan merealisasikan segala fikrah yang telah ditanam agar ia memberikan natijah yang diharapkan.

Menyerikan lagi majlis penutup, Timbalan Presiden IKRAM, Haji Zaid Kamaruddin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan atas komitmen dan kesediaan mereka untuk membantu IKRAM membawa perubahan kepada masyarakat dan negara.

“Program ini sangat diletakkan harapan yang tinggi hasilnya kerana program ini adalah sangat terancang dengan silibus dan cara pemantauan sepanjang program ini.”

Beliau turut mengingatkan para graduan bahawa mereka bakal menjadi tempat rujuk di kawasan atau di peringkat negeri bagi membantu menyelesaikan isu-isu yang wujud dalam IKRAM ataupun masyarakat. 

Last modified on Thursday, 27 July 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!