wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 28 ذو الحجّة 1438   |   Wednesday September 20 2017

"Macam mana kalau kita keluar esok, kita kemalangan? Itu antara pertanyaan yang menyebabkan hati tergerak untuk mempercepatkan syahadah."

Gladys Lim Yin Yin menceritakan detik awal bagaimana dia menemui Islam ketika masih bergelar seorang pelajar yang akhirnya menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk melafazkan dua kalimah syahadah pada 14 September 2014.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Nurul Lim oleh teman-temannya, kini berusia 23 tahun dan sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang sains aktuari di salah sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur.

Gadis yang berasal daripada Melaka ini memberitahu, pada mulanya, penghijrahannya memeluk Islam tidak mendapat persetujuan oleh ahli keluarga termasuk adik-beradiknya.

Malah, beliau telah dihalau keluar daripada rumah setelah merahsiakan perkara tersebut untuk beberapa waktu.

Jika kebiasaannya beliau akan ditemani ibu ke stesen bas menghantar pulang ke universiti tetapi waktu itu beliau hanya berseorangan tanpa ditemani sesiapa lagi.

Katanya, beliau semenjak kecil sudah dibesarkan dan bergaul dengan komuniti Melayu di tempat beliau menerima pendidikan. Beliau juga pernah bersekolah di Tadika Kemas serta melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jadi, budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam tidak asing bagi dirinya.

Sewaktu di UPNM, beliau bertemu dengan seorang rakan berbangsa Cina yang lain, juga berminat dengan Islam seperti dirinya.

Dari situ, mereka berdua bersama-sama mempelajari Islam. Dan perkenalan mereka menjadi satu kisah hitam buat Nurul Lim.

Mereka pernah berjanji untuk bersama-sama menghadapi apapun rintangan sepanjang bergelar seorang 'muslim'.

Buat Nurul, ini menjadikannya semakin kuat apabila mempunyai seorang rakan menjadi peneman waktu belajar, bersamanya ke mana-mana, memberi kekuatan satu sama lain dan berkongsi detik sukar sepanjang perubahan diri.

Malangnya, hampir tiga minggu selepas mereka mengucap dua kalimah syahadah, beliau menerima khabar buruk. Khabar buruk yang akan mengubah segala perancangannya.

Rakan beliau tersebut telah mengalami kemalangan jalan raya. Kesan daripada kemalangan tersebut, rakannya telah meninggal dunia. Ia berlaku sehari sebelum Hari Raya Haji.

Beliau terpaksa menerima dengan hati terbuka dan meneruskan kehidupan seperti biasa walau tanpa teman di sisi.

  

Nurul Lim semasa menjadi panelis forum dalam iftar perdana dan bersama Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim, Timbalan Pengerusi HCF

Tinggal Bersama Adik

Sepanjang temu ramah bersama Nurul Lim, beliau turut menceritakan serba sedikit mengenai keluarganya.

Menurut beliau, setelah ibu dan bapanya berpisah sejak beberapa tahun lalu, sekarang adik bongsunya telah berpindah dan tinggal bersamanya.

Keakraban mereka terserlah apabila ketika beliau dijemput untuk bercakap berkongsi pengalaman dalam satu program bersama 'saudara baru', adiknya yang berlainan agama turut hadir menemani kakaknya.

"Saya mahu adik saya belajar sendiri, tidak mahu paksa dia masuk Islam," kata Nurul.

"Kadang-kadang dia ikut saya datang program, kadang-kadang tidak. Terpulang padanya."

Sumber Kewangan

Mereka menyewa sebuah bilik di ibu kota. Bagi menampung perbelanjaan mereka, beliau bekerja separuh masa sebagai tutor tuisyen di rumah-rumah.

Selain itu, zakat daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut diberikan kepada beliau setiap bulan sebanyak RM300. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menyara diri dan adiknya.

Beliau kini memikul tanggungjawab sebagai 'wakil ibu' dengan melayan adiknya, menghantar adik ke sekolah dan sebagainya.

Oleh itu, bantuan daripada orang-orang terdekat sedikit sebanyak membantu kehidupannya.

Bukan Masuk Melayu

Nurul mengakui adiknya kadang-kala rasa tersinggung dengan persepsi rakan-rakan di sekolah yang menganggap kakaknya sudah 'masuk Melayu'.

Malah, Nurul meluahkan kekecewaan tentang stigma masyarakat yang menganggap masuk Islam seperti masuk Melayu.

Fasa kehidupan Nurul Lim semenjak memeluk Islam banyak dibantu oleh Hidayah Centre Foundation (HCF).

"Semenjak mula-mula masuk Islam, sampai ke hari ini saya masih dengan HCF," katanya.

Hari ini, Nurul Lim dalam tahun terakhirnya di universiti. Ibunya sudah mula memberikan respons positif dan pernah tinggal di kediamannya beberapa bulan. Beliau juga mempunyai seorang kakak yang turut sama memeluk Islam.

FB HCF | Web HCF

Last modified on Thursday, 06 July 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!