wrapper

Berita Terkini

الخميس 3 ذو القعدة 1438   |   Thursday July 27 2017

PELABUHAN KLANG - Sekumpulan peserta Remaja Raikan Ramadan (3R) telah menzahirkan kreativiti mereka dengan melakukan flashmob mengusung 'jenazah' di bazar Ramadan bagi menyampaikan mesej tentang bahaya rokok dan vape.

Ia adalah sebahagian daripada program 3R bertemakan "Shinzo No Kusuri" yang bermaksud "Ubat Hati" yang telah berlangsung pada 10 dan 11 Jun lalu di Masjid Kampung Raja Uda anjuran IKRAMTeens Klang dengan kerjasama pihak masjid.

Program yang disertai seramai 94 orang remaja di sekitar kawasan Klang ini dimulakan dengan bacaan al-Quran, ucapan pengarah program dan seterusnya ucapan Nazir Masjid Kampung Raja Uda, Haji Ismail Arsat.

Menurut Pengarah Program, Bro. Azri, tema yang dipilih bermaksud untuk menekankan aspek pembersihan hati serta memperkenalkan cara mengubati hati berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah melalui slot-slot pengisian yang telah disampaikan oleh para penceramah.

    

Ucapan Nazir Masjid dan slot The Friends Beside Me

Pelbagai acara menarik disediakan untuk para peserta antaranya The Friends Beside Me, Medicine for Our Heart, Bedah Filem, Flash 4 Ummah, Night of Muttaqin dan Taqwa Hunters.

Dalam slot Flash 4 Ummah, peserta turut diberi peluang mendekati masyarakat sekitar melalui persembahan flashmob yang bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya rokok dan vape, dan sebagai tanda sokongan terhadap kempen Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR).

    

Slot Medicine for Our Heart oleh IKRAM Health, latihan dalam kumpulan dan flashmob

Tambah Azri, program ini telah berjaya mencapai objektif yang telah digariskan, malah para peserta juga telah memberikan maklum balas yang sangat positif mengenai program 3R kali ini.

Sehubungan dengan itu, IKRAMTeens Klang mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Masjid Kampung Raja Uda atas kerjasama mantap yang telah diberikan, begitu juga kepada para fasilitator dan peserta yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang 3R berlangsung.

Semoga Allah menerima segala amal kita di bulan Ramadan yang mulia ini dan semoga bertemu lagi dalam program-program IKRAMTeens yang akan datang, insya-Allah.” 

Last modified on Wednesday, 05 July 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd