wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 ربيع الأوّل 1439   |   Monday November 20 2017

GAZA - MyCARE sekali lagi berpeluang menyediakan lebih daripada 1,000 pek juadah berbuka untuk keluarga yang memerlukan setiap hari sepanjang bulan Ramadan lalu di bawah projek Dapur MyCARE.

“Seramai 30,000 orang telah disantuni dalam projek ini,” demikian menurut laporan Pengurus MyCARE Gaza, Ahmad Thabet.

Menurutnya, kriteria penerima ini telah dipilih dengan teliti oleh pihak MyCARE dan Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin selama 30 hari Ramadan.

“Sukarelawan kami memulakan tugasan menyediakan makanan setiap hari bermula dari 5.00 pagi sehingga 30 minit sebelum waktu berbuka puasa.”

Seterusnya, juadah ini diedarkan ke rumah-rumah keluarga miskin, pusat-pusat anak yatim, pusat jagaan warga tua, masjid-masjid dan sebagainya.

“Kerja-kerja pembersihan pula bersambung sehingga pukul 2.00 pagi,” kata Ahmad Thabet.

    

Beliau berkata, pada tahun ini MyCARE Gaza berjaya mengurangkan kos bahan makanan lebih daripada 40% berbanding tahun lepas.

“Hal ini kerana MyCARE Gaza mendapat pengecualian cukai ke atas bahan-bahan makanan yang dibeli, berurusan terus dengan penternak ayam dan pelbagai lagi kos-kos yang tersembunyi.”

Beliau menambah, walaupun terlampau penat, mereka tetap gembira.

“Alhamdulillah. MyCARE kini menjadi model NGO yang berkhidmat di Gaza serta sukarelawan kami semakin ramai.”

Sehubungan dengan itu, MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang dalam kempen MyRamadan.

Sebelumnya, projek dapur ini telah didaftarkan di bawah Department Customer Care, Kementerian Ekonomi bagi memastikan proses dijalankan dengan betul.

Dengan kempen MyRamadan 1438H yang masih berbaki beberapa hari lagi sehingga 7 Julai 2017, sumbangan kepada yang memerlukan boleh disalurkan melalui https://www.billplz.com/myramadan

Last modified on Monday, 03 July 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd