wrapper

Berita Terkini

الخميس 3 ذو القعدة 1438   |   Thursday July 27 2017

SERI KEMBANGAN - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memuji dan mengucapkan tahniah atas usaha CIMB Bank Berhad yang memperkenalkan dasar baharu iaitu cuti paterniti berbayar selama sebulan (30 hari) kepada warga kerjanya.

"Dasar yang ditambah baik itu membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga menjalankan tanggungjawab bersama isteri dalam menyambut kelahiran ahli keluarga yang baharu," kata Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim dalam satu kenyataan media.

Menganggap pengumuman ini dibuat bertepatan dengan sambutan Hari Bapa pada 18 Jun lalu, beliau berharap dasar ini perlu menjadi contoh kepada semua sektor pekerjaan yang lain dalam usaha mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian.

"Usaha ini juga dapat membantu mengembalikan role model bapa sebagai ketua keluarga dalam membina generasi masa depan yang semakin terhakis pada masa kini, akibat kesibukan seorang bapa dalam mencari rezeki di luar rumah."

Tambah beliau, dasar ini juga dapat membantu mengembalikan role model bapa sebagai ketua keluarga dalam membina generasi masa depan yang semakin terhakis pada masa kini, akibat kesibukan seorang bapa dalam mencari rezeki di luar rumah.

Beliau turut berharap supaya golongan bapa dapat lebih menghargai dan memberi sokongan kepada fasa pemulihan yang sedang dilalui oleh isteri yang baharu bersalin terutamanya dari segi sokongan fizikal dan emosi daripada suami.

"Inisiatif (cuti 30 hari) ini dapat memberikan kesan positif terhadap kesejahteraan keluarga disamping mengelakkan kejadian kemurungan selepas bersalin (postpartum depression)."

Che Asmah juga menyarankan agar para bapa memanfaatkan cuti yang diberi sepenuhnya untuk membantu isteri dan menjalinkan hubungan erat dengan anak agar dapat dibina keluarga yang lebih harmoni.

Sumber: Wanita IKRAM

Last modified on Saturday, 24 June 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!