wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

 

SATUN - Program Jaulah Ramadan ke Masjid As-Syed Hashimi di Satun, Thailand yang disertai bersama 35 orang ahli rombongan telah berjaya menyampaikan bantuan Ramadan kepada mereka yang memerlukan pada Ahad, 11 Jun lalu di sini. 

Selain menyampaikan bantuan, jaulah tersebut bertujuan untuk mengagungkan syiar umat Islam iaitu masjid tersebut yang sangat mirip dengan Masjid Kubah as-Sakhrah, simbolik terkenal bagi Masjid al-Aqsa.

Progam ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan An-Nur dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu), Hospital An-Nur dari Malaysia dan Kolej Teknologi Ibnutech, As-Salam Foundation Thailand dan Iibnu Auf Foundation dari Thailand.

  

Suasana majlis iftar dan ucapan ketua jaulah, Ustaz Wan Subki

Dalam pada itu, satu sesi ceramah Palestin turut diadakan bagi membakar semangat hadirin untuk memuliakan seterusnya membebaskan Palestin yang dijajah oleh zionis Israel. Rombongan ini turut menyampaikan jumlah sumbangan sebanyak RM16,000 kepada fakir miskin di sekitar Satun, Thailand.

Selain itu, bentuk-bentuk sumbangan lainnya ialah majlis iftar untuk 800 orang, keperluan makanan asas kepada hampir 100 orang fakir miskin, lima buah kipas angin untuk kegunaan masjid, sebuah al-Quran dan cenderamata Masjid al-Qibli dari Palestin.

  

Sumbangan dan bantuan Ramadan untuk penduduk sekitar

Majlis iftar tersebut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat Thailand antaranya Rosee Baikadem (Timbalan Menteri Thailand), Hj Aron Umaji (Ketua Majlis Islam Satun), Tuan Dalan Nungale (Ketua Jabatan Pendidikan Fatoni), Tuan Abdulhaleem Kesa (Ketua Daerah Kawasan Langu) dan Tuan Idris Napalen (Ketua Daerah Kaunsator).

Dif kehormat antarabangsa juga turut hadir bersama untuk melihat sendiri keindahan masjid ini, iaitu Dr. Mazen Rustam Ahmed Abu Arjah yang mewakili Al-Quds Channel dari Palestin.

Turut bersama dalam jaulah ini Ustaz Hj Wan Subki Wan Salleh selaku Pengerusi Badan Kebajikan An-Nur dan ketua rombongan, Eksekutif MyCARE, Ustaz Abdul Rahman Sayuti serta Hairil Anuar Hashim dan Rohana Alias mewakili i-Bantu.

Last modified on Friday, 16 June 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd