wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

SHAH ALAM - Sumbangan dana RM26 juta diperlukan sebagai kos pembinaan Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) di Meru menggantikan tapak sedia ada di Kampung Batu Belah, Klang. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Hira’, Dato’ Haji Mohd Fazli Osman, perjanjian sewa tanah bersama tuan tanah tersebut akan tamat tempoh pada 2019 setelah 30 tahun perjanjian.

“Kami sedang berbincang dengan pihak tuan tanah yang merupakan generasi kedua supaya mereka dapat memberikan pajakan tambahan dalam 10 hingga 15 tahun untuk kita mencari dana dan ada masa membina sekolah di tapak baru,” ucapnya dalam Majlis Pelancaran Dana Pembangunan SRIH, Meru.

“Kita sudah mendapat kelulusan dari pihak kerajaan negeri dan sekarang dalam fasa mereka bentuk,” tambahnya dalam majlis yang berlangsung di Auditorium SIRIM di sini.

Majlis yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Dr. Basir Abidin, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Srihira Sdn Bhd, turut diserikan dengan tazkirah dhuha oleh Ustaz Dr Roslan Mohamed.

Pembangunan SRI Hira' Meru melibatkan pembinaan bangunan akademik dan pentadbiran, surau, kuarters kediaman staf, tadika dan nurseri serta kemudahan-kemudahan lain yang memerlukan kos seperti kerja tanah dan kestabilan cerun, jalan raya dan perparitan, loji rawatan kumbahan, pencawang elektrik dan rekreasi air.

Sekolah di tapak baharu ini bakal menampung kapasiti pelajar seramai 1,500 orang berbanding 900 orang sahaja pada waktu ini. Ia akan memberi peluang kepada pihak sekolah untuk menambah bilangan pelajar dan merancang pelan jangka masa panjang dengan lebih baik.

Sekolah Rendah Islam Hira’ yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Seksyen 3, Shah Alam telah berpindah ke Kampung Batu Belah, Klang pada tahun 1987 hingga sekarang.

Dengan misi untuk membina tokoh masyarakat yang bersifat rabbani melalui sistem pendidikan Islam yang menyeluruh, unggul dan dihormati, SRIH telah mempunyai puluhan ribu lepasan pelajarnya yang menyambung pelajaran ke pelbagai institusi pendidikan lain.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun 120 100 100 19026 (BIMB - PEMBANGUNAN HIRA')Untuk keterangan lanjut dan sumbangan, sila hubungi Sekretariat Kutipan Dana Hira' di talian 03-3343 7595 atau Pengurus Dana Institusi Pendidikan Hira' (IPH), Hj Ayub Sedik di talian 016-280 0101.

Last modified on Monday, 05 June 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!