wrapper

Berita Terkini

الخميس 4 شوّال 1438   |   Thursday June 29 2017

SERI KEMBANGAN - Seramai 106 orang pelajar lepasan SPM daripada pelbagai sekolah seluruh Malaysia telah menyertai Eksplorasi Remaja Ambang IPT (ERAT 2017) yang berlangsung pada 24 hingga 26 April lalu dengan mendapat pelbagai pendedahan dan perkongsian pengalaman sebagai mahasiswa. 

Dengan objektif sebagai platform untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kehidupan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) , ia telah mendapat sambutan hangat termasuk pelajar daripada bukan sekolah IKRAM MUSLEH.

Menurut salah seorang peserta, Huzayl dari Johor Bahru berkata, program seperti ini telah membantunya untuk belajar tentang apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di IPT supaya tidak terkejut dengan budaya baru dan telah diajarkan ilmu untuk berdepan dengan masyarakat.

    

Explorace dan forum

Norfarhana Zawawi yang merupakan lepasan SPM di Kolej Tunku Kursiah pula berkata, program seperti ini membantunya memilih bidang yang sesuai dengan dirinya sebelum memohon UPU.

“Ia turut membantu saya membina sifat-sifat kepimpinan dalam diri”, tambahnya yang sedang bercadang untuk menyambung asasi Sains Kesihatan Sekutu dalam negara.

Menurut penganjur, program tersebut turut memberi pendedahan kepada peserta dengan perkongsian pengalaman mahasiswa yang telah melalui zaman IPT melalui tiga aspek iaitu mahasiswa dalam negara, mahasiswa luar negara dan mahasiswa sebagai seorang wanita.

  

Para peserta ERAT 2017 dan fasilitator

“Mereka yang hadir ini sebenarnya telah melalui enam program yang dianjurkan sebelum ini bermula selepas PMR”, kata Pengarah ERAT, Hafiz Bai.

Hari kedua program anjuran IKRAMTeens dengan kerjasama Jawatankuasa Seberang Laut dan Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa IKRAM ini dirancakkan lagi dengan permainan Explorace secara berkumpulan di sekitar Putrajaya.

Program tersebut turut diisi dengan forum bertajuk “Seimbang Akademik Aktivisme Mahasiswa” pada hari ketiga yang menampilkan Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari serta dua aktivis mahasiswa iaitu Farah Nabilah Abdul Rahman dan Nurul Hanna Ismail.

Last modified on Tuesday, 09 May 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!