wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

KUALA LUMPUR - Dr Zaid Omar, seorang aktivis IKRAM yang juga Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjuarai pertandingan akhir FameLab Malaysia Peringkat Kebangsaan menewaskan 11 finalis lain pada Sabtu lalu. 

Syarahan komunikasi sains beliau yang bertajuk "Rise of Superbrain Computing" berjaya menambat hati juri dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM3,000 seterusnya mewakili negara di peringkat antarabangsa di The Times Cheltenham Science Festival United Kingdom pada 6 dan 7 Jun ini.

Menurut Setiausaha IKRAM Johor Bahru Tengah ini yang menyertainya buat kali ketiga, walaupun hanya diberikan tiga minit untuk menyampaikan syarahan, ia bukanlah mudah kerana perlu mempunyai isi yang padat, namun perlu dilakukan dalam keadaan bersahaja dan menarik minat penonton.

Bapa kepada tiga anak ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru, Dr Zaid melanjutkan pelajaran ke UTM pada 2001 dalam sarjana muda kejuruteraan komputer.

Beliau seterusnya menyambung pengajian sarjana dalam komunikasi data di University of Sheffield pada 2007 dan kemudian menamatkan doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik di Imperial College pada 2012.

Semasa pengajian, beliau merupakan terlibat aktif sebagai Bendahari dan Presiden Malaysian Postgraduate Association UK & Eire, aktivis IKRAM UK & Eire dan Imperial College Islamic Society.

  

Dr Zaid ketika beraksi di peringkat akhir dan bersama hadiah trofi dan wang tunai

Hadir dalam Pertandingan FameLab Malaysia 2017 serta meyampaikan hadiah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman dan Pengarah British Council Malaysia, Sarah Deverall.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan, Dr Habibah Abdul Rahim dan Pengarah Program Petrosains, Kamaruddin Kassim.

Selaku juara yang berpeluang melawat makmal penyelidikan Kesatuan Eropah menerusi tajaan Euraxess, Dr Zaid bertekad akan melakukan lebih banyak rujukan dan kajian bagi memantapkan syarahan ketika mewakili negara bagi membolehkannya bersaing dengan wakil daripada 30 negara lain.

FameLab adalah pertandingan komunikasi sains terbesar dunia anjuran British Council, yang mensyaratkan peserta menggunakan masa tiga minit sahaja untuk bersyarah tentang satu konsep saintifik yang mengambil kira aspek kandungan, kejelasan dan karisma atau 3C (content, clarity, charisma).

Tahniah Dr Zaid Omar!

Sumber: Harian Metro | Utusan Online

Last modified on Monday, 08 May 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!