wrapper

Berita Terkini

الجمعة 1 شعبان 1438   |   Friday April 28 2017

BANDAR BARU BANGI - Seramai 450 orang sukarelawan bergotong-royong dalam program Bangi Bersih Berterusan (BBB) di sembilan zon sempena Pelancaran Sambutan 40 Tahun Bandar Baru Bangi pada Ahad lalu.

Disertai oleh pelbagai sektor masyarakat merentasi agama, bangsa, budaya dan latar belakang, program ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan mendidik masyarakat untuk membudayakan amalan kebersihan melalui tauladan.

Selain itu, ia dapat meningkatkan tanggungjawab komuniti untuk sama-sama memelihara Bandar Baru Bangi supaya sentiasa dalam keadaan yang bersih dan indah, ke arah mewujudkan sebuah bandar yang lestari.

   

Aktiviti-aktiviti pembersihan

Para sukarelawan telah berkumpul di zon masing-masing seawal jam 8.00 pagi dan mula bergotong-royong untuk mengutip sampah tabur dan menurunkan iklan haram.

Ahli-ahli IKRAM Kawasan Hulu Langat, IKRAM Siswa, para remaja IKRAMTeens Hulu Langat serta warga Sekolah Sri Al Amin Bangi turut bersama-sama menyertai aktiviti gotong-royong BBB ini.

Kemudian, para sukarelawan bergerak beramai-ramai menuju ke Taman Tasik Cempaka untuk menjayakan majlis pelancaran Sambutan 40 Tahun Bandar Baru Bangi.

Ia sungguh simbolik dan melambangkan kesatuan dan kebangkitan masyarakat madani yang ingin bersama-sama berperanan merealisasikan sebuah bandar yang bertamadun.

   

Aktiviti mencabut iklan haram dan majlis pelancaran

Majlis pelancaran kemudiannya diserikan dengan ucapan oleh Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Tn Haji Ahmad Sufie Munasir dan dirasmikan oleh YB Ustaz Shafie Ngah, Ahli Dewan Negeri Bangi.

Turut hadir menjayakan gotong-royong dan majlis pelancaran Yang Dipertua IKRAM Hulu Langat, Prof. Dr. Mahamod Ismail dan Ahli-ahli Jawatankuasa IKRAM Kawasan.

Setelah itu, berlangsunglah acara gimik pelancaran dan acara bergambar beramai-ramai di mana wakil-wakil pelbagai sektor masyarakat dan jawatankuasa kecil menerima simbol penyerahan amanah untuk bersama-sama menjayakan sambutan ini.

Justeru, majlis ini menandakan permuafakatan strategik antara semua pihak di bandar ini untuk bersama-sama merealisasikan Bangi Bandar Ilmu yang dicita-citakan.

Acara gotong royong Bangi Bersih Berterusan (BBB) ini dianjurkan bersama oleh Sekretariat Sambutan 40 Tahun Bandar Baru Bangi, Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Bangiku), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), IKRAM Hulu Langat dan Sony EMCS Sdn. Bhd.

Program ini turut dianjurkan dengan kerjasama pelbagai persatuan penduduk taman, surau-surau, NGO, institusi pendidikan, agensi kerajaan, institusi korporat dan industri.

Lagi foto: http://bit.ly/2oTykAO

Last modified on Wednesday, 19 April 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my


Our website is protected by DMC Firewall!