wrapper

Berita Terkini

الخميس 28 المحرّم 1439   |   Thursday October 19 2017

SERI KEMBANGAN - Aktivis IKRAM disaran supaya sentiasa kreatif menguruskan keperluan IT bagi meningkatkan keberkesanan media menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat, menurut Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM. 

"Ia merupakan suatu bidang yang sentiasa perlu dikemaskini secara berterusan," ujar beliau dalam ucapan perasmian Sanggar Kerja IKRAMedia Nasional (SKRIN17) pada Sabtu, 25 Mac lalu di Ara Eventhall@The Atmosphere, Bandar Putra Permai di sini.

Tambahnya, bidang media adalah sesuatu yang mencabar kerana ia sentiasa bergerak dan berubah, dan beliau juga sering mendengar rungutan aktivis media bahawa alat tidak cukup untuk bergerak dan bertugas.

"Ya, memang alat media itu tidak akan pernah cukup kerana ia sentiasa berkembang dan itu adalah cabarannya yang perlu penggerak media fikir dan uruskan," jelas beliau.

Menyedari bahawa media menjadi lidah kepada organisasi, beliau menyeru aktivis media agar sentiasa kreatif, sentiasa terkini dengan informasi serta sentiasa menyalurkan maklumat-maklumat yang benar, tepat dan cepat.

Che Asmah turut menyarankan agar para penggerak media perlu bersedia dengan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan mewujudkan jaringan dengan rakan-rakan media yang lain.  

    

  Ucapan perasmian, slot sanggar kerja dan sebahagian peserta yang hadir

Dalam pada itu, Prof. Dr. Hj. Arshad Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan & Media IKRAM berkata, beliau bersikap lebih terbuka dalam sanggar kerja ini bagi mendengar pandangan aktivis media negeri dan insitusi bagi memperkasakan gerak kerja IKRAMedia sepanjang 2017 hingga 2019.

“Hari ini, saya ingin mendengar pandangan-pandangan daripada negeri, aktivis media, supaya yang akan kita hasilkan nanti, benar-benar datangnya daripada idea dan buah fikir daripada mereka yang bergerak,” jelas beliau semasa ucapan aluannya.

Beliau turut menggariskan dua perkara yang perlu dilaksanakan aktivis media iaitu bagaimana meningkatkan visibility IKRAM dan juga bagaimana menyampaikan risalah dakwah menerusi pelbagai pendekatan yang kreatif, moden, sesuai dan memberi impak berkesan kepada masyarakat.

Sanggar kerja tersebut telah dihadiri kira-kira 40 orang penggerak dan aktivis media pusat, negeri, institusi dan agensi IKRAM di mana fasilitator, Hj Zaharuddin Othman mengendalikan slot tersebut dengan jayanya.

Program tersebut juga diselitkan dengan perkongsian perkembangan-perkembangan terkini IKRAMedia Pusat, perkongsian pasukan media Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) serta diserikan cabutan bertuah dan beberapa anugerah untuk peserta.

IKRAM Johor telah meraih Anugerah Inovasi Terbaik dengan inovasi Perkongsian 1 Hari 1 Hadis dan MyCARE pula meraih Anugerah Media Institusi Terbaik dengan pengurusan media yang mantap dan berkesan.

Last modified on Tuesday, 28 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd