wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 27 شعبان 1438   |   Wednesday May 24 2017

SERI KEMBANGAN - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dipuji kerana memilih tema yang tepat iaitu "Kesaksamaan Hak: Tanggungjawab Wanita Membina Peradaban Dunia 2030" dalam Wacana Hari Wanita Antarabangsa 2017 pada Sabtu lalu.

Menurut Naib Presiden IKRAM, Ustaz Hj Burhanuddin Lukman semasa merasmikan wacana tersebut, 'saksama' adalah istilah yang tepat bagi menggambarkan hak wanita dalam Islam seperti mana yang didefinisikan oleh kamus Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) dengan maksud berhati-hati, tidak berprasangka, teliti dan adil.

"Kesaksamaan hak dan tanggungjawab perlu dibincang secara seimbang agar hak-hak yang dituntut bertepatan dan selari dengan syariat Islam," jelasnya.

Tambah beliau, lelaki dan wanita, perlu saling membantu, saling menyokong, saling menghormati, lengkap melengkapi antara satu sama lain supaya mereka dapat berperanan sebaiknya mengikut kapasiti dan kebolehan masing-masing serta mengambil kira perbezaan sama ada daripada segi biologi, fisiologi, psikologi mahupun sosiologi.

    

Perasmian wacana, pelancaran Piagam Wanita Islam dan forum

Ustaz Burhanuddin turut mencadangkan, dalam mencapai matlamat ke arah Planet 50-50 pada tahun 2030 oleh PBB, profesion yang melibatkan kaum wanita seperti menjaga rumahtangga, menjaga anak-anak dan memelihara keluarga turut diambil kira supaya hak kedua-dua golongan lelaki mahupun wanita dapat diraikan.

“Pertubuhan IKRAM Malaysia yakini bahawa ianya tidak akan mampu untuk terbang jauh tanpa sumbangan dan sokongan daripada sayap Wanita IKRAM," ucap beliau sebelum menutup ucapan perasmian.

Beliau turut berkesempatan melancarkan buku Piagam Wanita Islam versi tiga bahasa, yang merupakan satu inisiatif Wanita IKRAM dalam memberi kefahaman yang jelas mengenai kesaksamaan dan kesamarataan hak wanita berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam.

Wacana yang berlangsung pada Sabtu lalu di Crystall Ballroom, Mines 2 di sini dianjurkan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia.

Para peserta wacana turut dikongsikan dengan ucaptama Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim serta forum yang menampilkan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LLPKN), Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail serta Timbalan Ketua dan Naib Ketua Wanita IKRAM sebagai panel.

Turut hadir memberi sokongan adalah Hj Nahar Md Nor, Setiausaha Agung IKRAM serta Yang Dipertua IKRAM Selangor dan Negeri Sembilan serta wakil Yang Dipertua IKRAM Sabah dan Putrajaya.

Last modified on Monday, 20 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my


DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd