wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 23 ذو القعدة 1438   |   Wednesday August 16 2017

KUALA LUMPUR - Pegawai UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees), Letchimi Doraisamy berkata, terdapat lebih 150,000 orang pelarian di Malaysia dan 23 peratus daripada mereka adalah wanita. 

“Disebabkan Malaysia tiada kem pelarian, pelarian ini tinggal di persekitaran kita,” ujarnya ketika berkongsi fakta dalam forum sempena Hari Wanita Sedunia di sini.

Forum “Women Refugees in our Neighbourhood” yang berlangsung di Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly (KLSCAH) pada 11 Mac lalu menyentuh tema Hari Wanita Sedunia iaitu ‘Lindungi Pekerja Migran Wanita’ dan ‘Jamin Hak-Hak Pekerja Migran Wanita’.

Dalam pada itu, panelis kedua, Cik Nurainie Haziqah Shafi'i berkongsi tentang golongan pelarian yang beliau santuni dan membantu menyampaikan nasihat perundangan.

Peguam dan aktivis kemanusiaan ini adalah antara pengasas Sekolah Pelangi Kasih, sebuah sekolah tidak rasmi di Selayang untuk kanak-kanak Rohingya di Malaysia. Beliau turut menyediakan sarapan pagi untuk gelandangan di Kuala Lumpur dua kali setiap bulan.

Puan Atiqah Mohammad Khuzaini yang mewakili Rose2Rose pula berkongsi tentang aktiviti pemerkasaan wanita-wanita pelarian melalui kursus menjahit, menanam pokok, dan biasiswa Anak Bestari yang telah dadakan Rose2Rose.

Dalam perkembangan berkaitan, turut dipaparkan lukisan anak-anak Syria yang dibawa oleh Majd Chourbaji, yang merupakan bekas tahanan penjara rejim Bashar al-Assad. Beliau mengetuai 150 wanita lain dalam mogok lapar meminta mereka dibicarakan dengan adil dan hasilnya, lebih 80 wanita termasuk beliau dibebaskan.

Peserta yang hadir turut bergambar bersama plakad ‘No to Violence’, ‘Humanity and Justice For All’, 'Justice for Women Migrant Workers' sebagai tanda pembelaan terhadap pekerja migran wanita di Malaysia.

Sumber: Rose2Rose

Last modified on Thursday, 16 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd