wrapper

Berita Terkini

الأحد 30 رمضان 1438   |   Sunday June 25 2017

SERI KEMBANGAN - Ibu Pejabat IKRAM akan mula melaksanakan waktu kerja anjal bagi semua kakitangannya berkuatkuasa pada 1 April 2017. 

Bagi memastikan sistem ini berjalan lancar, tempoh percubaan ditetapkan bermula dari 15 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017.

Dalam sistem waktu kerja anjal ini, kakitangan diberi pilihan untuk memilih di antara tiga waktu kerja anjal iaitu 9.00 pagi hingga 5.30 petang, 9.30 pagi hingga 6.00 petang dan 10.00 pagi hingga 6.30 petang.

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, sistem waktu kerja anjal ini diperkenalkan bagi memenuhi keperluan kakitangan yang berbeza.

Dengan cara ini, ia diharapkan agar dapat membantu kakitangan Ibu Pejabat IKRAM untuk memberikan lebih tumpuan kepada kerja sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka.

Tambahnya lagi, ini merupakan suatu usaha penambahbaikan yang berterusan untuk menjadikan pengurusan di Ibu Pejabat IKRAM lebih profesional dan mempertingkatkan kualiti khidmat-khidmat yang ditawarkan.

Last modified on Thursday, 16 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd