wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

SERI KEMBANGAN - Buat julung kalinya, MyCARE membuka peluang dan ruang kepada para penaja anak yatim di bawah kelolaan MyCARE untuk menulis surat kepada anak-anak yatim yang ditaja. 

Menurut MyCARE, inisiatif ini diwujudkan antara lain bertujuan untuk mengukuhkan talian antara penaja dan anak yatim sempena kempen "Bulan Anak Yatim" sepanjang bulan Mac ini.

“Penaja boleh bertanya khabar, memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada anak-anak yatim yang ditaja oleh mereka.”

Apa yang menariknya, warkah boleh dihantar sama ada dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

“Setiap penyertaan akan diproses oleh pihak MyCARE untuk diterjemahkan (Bahasa Melayu dan Inggeris) serta penghantaran.”

Warkah perlulah dihantar selewat-lewatnya pada 31 Mac 2017 melalui pautan http://bit.ly/warkahbuatanakku17

“Warkah ini dijangka sampai kepada anak-anak pada bulan Ramadan 2017 nanti, insya-Allah.”

Justeru itu, MyCARE menjemput semua penaja anak yatim untuk mengambil peluang dan ruang ini dengan harapan warkah tersebut akan menambahkan keceriaan dan semangat anak-anak ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Puan Raimi Sayuti atau Pn Norlela Hussin di talian 03-89412341/ 013-744476.

Last modified on Monday, 13 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd