wrapper

Berita Terkini

الإثنين 29 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 18 2017

KUALA LUMPUR - Mantan Presiden Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, Ustaz Muhammad Anis Matta melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan dakwah di rantau ASEAN kerana kurangnya kader-kader muda. 

Memetik fakta terbaru dari Indonesia, beliau berkata bahawa kelompok terbesar kader kini adalah berusia 40 hingga 50 tahun manakala kelompok paling sedikit berumur 21 hingga 30 tahun.

"Ini adalah suatu ancaman degenerasi dan ia sangat bahaya," ucapnya.

"Saya juga menyaksikan di negara-negara lain seperti Malaysia dan Thailand yang turut mengalami perkara yang sama," tambah beliau.

Walau bagaimanapun, Ustaz Anis yakin ancaman ini bakal berubah dan harapan diletakkan kepada pimpinan belia yang menghadiri ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) Regional Meeting 2017 yang telah berlangsung 11-12 Mac lalu.

Dalam nasihatnya kepada anak muda, beliau mengingatkan supaya mereka tidak terus dimanjakan untuk memikul beban kononnya kerana mereka masih muda.

"Kerana kita ini muda, kita selalu dimanjakan dengan anggapan bahawa kita masih tidak dapat menanggung beban yang berat padahal waktu mudalah yang paling sesuai memikul beban berat kerana masih kuat."

"Apatah lagi masa depan yang akan dihadapi tidak sama seperti generasi yang dihadapi sebelum kita," tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, kader-kader yang telah lama berada dalam gerakan dakwah diingatkan untuk memandang serius perkara ini.

"Kita mungkin rasa seolah-olah kita ini masih muda tetapi kita perlu melihat mereka yang muda 20 atau 30 tahun dibawah kita sekarang sudah tidak ada atau berkurang jumlahnya dengan sangat signifikan. Ini adalah ancaman."

Last modified on Monday, 13 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!