wrapper

Berita Terkini

الإثنين 1 شوّال 1438   |   Monday June 26 2017

KUALA LUMPUR - ASEAN Young Leaders Forum (AYLF) Regional Meeting 2017 telah berlangsung di Hotel Putra Kuala Lumpur melibatkan 42 orang pimpinan belia dari tujuh negara selama dua hari, pada 11 dan 12 Mac 2017. 

Mesyuarat tahunan ini menghimpunkan belia dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Kemboja termasuk Sri Lanka dengan misi untuk menangani isu-isu ASEAN, membina dan membangunkan jaringan sesama komuniti ASEAN serta menghasilkan kepimpinan belia yang cemerlang dalam arena perhubungan antarabangsa, sosio-budaya dan keusahawanan.

"Marilah kita bersatu dan memimpin rantau ini menjadi penggerak antarabangsa dalam perdagangan, ekonomi politik dan sosio-budaya", ucap Presiden AYLF Malaysia, Dr. Nur Aisyah Zainordin dalam majlis perasmian mesyuarat.

"Semoga ikatan kita akan sentiasa kuat untuk mencapai matlamat besar antarabangsa bagi masa depan", tambahnya. 

Mesyuarat tahunan belia serantau ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari yang menyarankan supaya para belia keluar daripada zon selesa dan meyakini AYLF mampu menyediakan landasan terbaik untuk belia meperjuangkan isu semasa ASEAN.

    

Dr Nur Aisyah, Hj Shahrul Aman dan Ustaz Anis Matta

Antara tokoh yang hadir memberikan perkongsian dalam mesyuarat tersebut ialah Ustaz Muhammad Anis Matta, mantan Presiden PKS Indonesia dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Presiden/CEO International Institute of Islamic Finance (IIF) Incl. (BVI) dan Amanie Advisors Sdn Bhd.

Ustaz Anis telah menyampaikan tajuk "Pemberdayaan Kepimpinan Belia ASEAN" sementara Datuk Daud berkongsi tentang "Menjadi Yang Terbaik Daripada Kepimpinan ASEAN".

Kemuncak program ini adalah terbentuknya struktur baru kepimpinan AYLF peringkat ASEAN dan juga peringkat negara masing-masing termasuklah penubuhan cawangan baru AYLF di Singapura, Filipina dan Kemboja.

Program ini juga telah memuktamadkan senarai isu-isu semasa ASEAN dan tindakan yang akan ditangani dan diperjuangkan oleh AYLF setiap negara untuk tempoh dua (2) tahun berdasarkan tiga kluster utama iaitu politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Para peserta turut berharap agar segala keputusan yang telah tercapai dalam AYLF Regional Meeting 2017 akan memberikan sumbangan yang berkesan ke arah membangun dan membina komuniti ASEAN yang lebih baik dan cemerlang.

AYLF telah ditubuhkan pada 2014 yang bermula dengan penyertaan kepimpinan belia dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand apabila 30 orang delegasi telah bertemu di Bandung pada 8-10 November 2014.

Visi penubuhan AYLF adalah untuk mengumpulkan kepimpinan terbaik belia ASEAN ke arah menjuarai isu-isu semasa ASEAN di samping membina hubungan serantau yang erat dan kukuh antara satu sama lain.

Antara deklarasi AYLF adalah untuk melawan penindasan terhadap hak asasi manusia dan meningkatkan peranan wanita dalam pembinaan komuniti ASEAN.

Sumber: AYLF Malaysia

Last modified on Sunday, 12 March 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd