wrapper

Berita Terkini

الأحد 30 رمضان 1438   |   Sunday June 25 2017

PETALING JAYA - Majlis Sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia (IMLD 2017) telah berlangsung meriah di Cambridge Hall, Brickfields Asia College, Kampus Petaling Jaya bagi meraikan kepelbagaian dan perbezaan berbahasa di Malaysia dalam suasana harmoni.

Turut hadir Puan Usharani Sarkunavalu daripada Tamil Foundation selaku Pengarah Program, wakil-wakil penganjur iaitu Encik Yuva (Tamil Foundation), Puan Mei Sha (LLG Development Centre), Hj Zaid Kamaruddin dan Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor (IKRAM) serta Encik Yusri Ahon daripada Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS).

Majlis yang diadakan pada lewat petang Selasa, 21 Februari lalu diserikan dengan persembahan kebudayaan Melayu, Cina dan India. Untuk Melayu, pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan telah mempersembahkan deklamasi sajak diikuti dengan nasyid.

   

Persembahan kebudayaan

Sementara itu, wakil Cina melakukan persembahan nyanyian sambil memegang lilin manakala wakil India pula mempersembahkan tarian.

Dalam majlis itu juga, para peserta juga membentangkan hasil seni kolaj mereka yang telah pertandingkan pada Ahad lalu yang bertemakan "Pendidikan Berbilang Bangsa".

Uniknya pertandingan ini, peserta pertandingan dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada lapan orang di mana setiap kumpulan mestilah terdiri daripada keempat-empat bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal untuk menggalakkan interaksi antara kaum serta memupuk nilai hormat-menghormati.

   

Hasil seni kolaj dan pertandingan

Dengan menggunakan kreativiti dan idea masing-masing, mereka menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol air, surat khabar, ranting-ranting dan pelbagai lagi bahan kitar semula dan bahan semula jadi untuk menghasilkan karya mereka.

Pertandingan seni kolaj ini telah dimenangi oleh Kumpulan D yang turut dianggotai oleh para pelajar Sekolah Menengah Sri Al Amin Bangi. Selain itu, pelajar Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah dan Sekolah Menengah Usahawan Al Amin turut menyertai pertandingan ini.

Syabas dan tahniah kepada peserta persembahan, peserta pertandingan seni kolaj dan juga pemenangnya serta pihak penganjur yang menjayakannya. Semoga program ini boleh dijadikan program tahunan untuk kita memperluaskan usahasama dalam projek-projek silang budaya pada masa akan datang.

Last modified on Saturday, 25 February 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd