wrapper

Berita Terkini

السبت 2 شعبان 1438   |   Saturday April 29 2017

KUALA LUMPUR - Penganjuran Piala Bola Sepak Harmoni yang bakal diadakan tidak lama lagi mempunyai keunikannya tersendiri yang mensyaratkan penyertaan pelbagai kaum dalam sesebuah pasukan yang bertanding bagi membina kesepakatan, interaksi dan perpaduan. 

“Keunikan pertandingan ini adalah penyertaan setiap pasukan mestilah sekurang-kurangnya datang daripada tiga kaum yang berbeza dalam Malaysia dan setiap kaum dalam satu pasukan tidak boleh melebihi enam orang,” kata Pengerusi pertandingan, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin.

Piala Bola Sepak Harmoni anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) ini mempunyai objektif untuk membantu membina kesepakatan dalam anggota masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan interaksi antara kaum menerusi sukan paling popular di Malaysia.

Pengerusi Piala Bolasepak Harmoni, Prof Madya Hj Badlishah Sham Baharin

Menurut Badlishah dalam sidang media pelancarannya di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) hari ini, pertandingan ini membawa mesej perpaduan berinspirasikan filem 'Ola Bola' yang memaparkan penyertaan rakyat Malaysia berbilang kaum dalam sukan tersebut pada era 1980-an sehingga layak ke Olimpik.

Tambahnya lagi, ini merupakan penganjuran julung kali dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia, Malaysia Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan KLSCAH.

Pertandingan ini akan bermula dengan peringkat negeri melibatkan tujuh negeri dan satu wilayah iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur yang akan berlangsung bermula Disember 2016 sehingga Februari 2017.

Pasukan yang terbaik akan mewakili negeri masing-masing dan melangkah ke peringkat kebangsaan pada 18 dan 19 Mac 2017.

Dalam majlis yang sama, Naib Pengerusi GBM, Encik Tan Yew Sing, memberitahu media bahawa aktiviti ini juga disokong oleh Datuk Santokh Singh yang merupakan bekas pemain bolasepak terkemuka dan akan turut bersama dalam pertandingan itu nanti. 

“Pertandingan ini diharapkan untuk terus menjadi simbolik mencerminkan kemakmuran yang dinikmati rakyat Malaysia,” kata beliau.

Timbalan Presiden IKRAM merangkap Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia, Hj Zaid Kamaruddin mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama turut serta dalam pertandingan tersebut dan mengetepikan perbezaan fahaman politik.

Tiada had umur dikenakan dan setiap pasukan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM120. Johan pertandingan akan menerima RM1,000 manakala tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang sebanyak RM700, RM500 dan RM300.

Setiap pasukan atau individu yang berminat boleh menghubungi penganjur di kawasan masing-masing:

Kedah - Wilson Yeap (012-489 6987)
Pulau Pinang - Jamaluddin bin Abdullah (019-474 4220)
Perak - Alex Ooi (012-583 2570)
Selangor - Hafiz Bai (019-751 7051)
Kuala Lumpur - Hafiz Bai (019-751 7051)
Negeri Sembilan - Dr. Khairil Osman (010-225 7762)
Melaka - Muhammad bin Kamarul Baharin (019-526 2040)
Johor - Muhammad Athir bin Sabran (016- 253 7329)

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).

Turut hadir dalam sidang media Liau Kok Fah (Urusetia Pertandingan), Prematilaka (Setiausaha Kehormat MCCBCHST), Tan Kai Hee (Pengarah Urusan Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd - penaja), Stanley Yong Yew Wei (Naib Presiden KLSCAH), wakil pasukan bolasepak dan Mohd Hafiz Abd Hamid (Setiausaha Pertandingan).

Last modified on Friday, 16 December 2016

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-melinfo@ikram.org.my


Our website is protected by DMC Firewall!