wrapper

Berita Terkini

الخميس 24 ذو القعدة 1438   |   Thursday August 17 2017

BANDA ACEH - Prihatin dengan nasib mangsa gempa bumi kuat di Aceh pada awal pagi Rabu 5 Disember lalu, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) bakal menghantar misi pertamanya pada Sabtu ini dengan bantuan awal berjumlah RM100,000. 

Dijangkakan beberapa pasukan lain akan dihantar selepas misi ini termasuk pasukan perubatan.

Gempa bumi berlaku sekitar jam 5.00 pagi waktu tempatan dengan goncangan berukuran 6.4 Skala Richter berpusat 120 kilometer di Tenggara Banda Aceh telah mengakibatkan lebih 100 struktur bangunan dilaporkan musnah termasuk 15 buah rumah, lima buah masjid, sekolah, kedai dan stesen minyak.

Sementara itu, wilayah Aceh kini diisytiharkan darurat dan kawasan Pidiejaya paling teruk terkesan setakat ini dengan jumlah korban keseluruhan telah meningkat sehingga 100 orang di mana misi menyelamat masih lagi diteruskan.

Menurut Nusantara Care, agensi kemanusiaan di bawah MyCARE, keperluan utama ketika ini ialah makanan, air bersih, khemah perubatan, khemah ibadah, tandas, selimut, tuala wanita dan keperluan bayi.

“MyCARE ketika ini berhubung secara langsung dengan rakan-rakan NGO dalam gabungan South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM) di Indonesia untuk mendapatkan maklumat terkini dan bersiap sedia untuk menghantar bantuan kecemasan yang diperlukan.”

Sementara itu, MyCARE turut melancarkan Tabung Kecemasan Gempa Aceh bagi menyalurkan bantuan ke sana.

Sumbangan boleh dibuat atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui mana-mana akaun berikut:

Maybank Islamic: 5642-5856-0698
CIMB Islamic: 8602-13-5592
Bank Islam: 1209-2010-0349-04

Sila e-mel bukti pembayaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan tajuk Tabung Kecemasan Gempa Aceh untuk tujuan rekod dan pengurusan.

Ayuh, bersama kita peduli kemanusiaan di Aceh!

Sumber: Nusantara Care

Last modified on Friday, 09 December 2016

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd