wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 المحرّم 1441   |   Thursday 19 September 2019

SHAH ALAM - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil inisiatif untuk mengemukakan solusi yang praktikal kepada permasalahan masyarakat dan negara menerusi idea, polisi dan cadangan penyelesaian yang dibangunkan oleh kumpulan-kumpulan pakar dalam memacu perubahan, kata Presidennya, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad.

"Inisiatif ini terlebih dahulu menuntut penyediaan negara dan masyarakat dengan pelbagai kumpulan pakar bidang yang terlatih dan bersedia untuk turun padang memberikan sumbangan terbaik mereka bagi mengkhidmati masyarakat dan negara serta menyelesaikan permasalahannya," jelas beliau ketika menyampaikan Ucapan Dasar Perhimpunan Ahli Teras (PAT 2016) di sini hari ini. 

Selain itu tambahnya, IKRAM turut menggiatkan pelaksanaan aktivisme yang relevan menerusi peningkatan penglibatan aktif dengan masyarakat umum, agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak di seluruh pelosok negara.

Menurut beliau, inilah bentuk-bentuk penglibatan yang perlu dilakukan bagi membangunkan kesepakatan dan kerjasama yang telus lagi membina dan mengatasi pelbagai masalah dan cabaran yang sedang dihadapi masyarakat dan negara ke arah membangunkan sebuah negara yang makmur, berkembang maju dan menyantuni semua rakyatnya.

Beliau turut menyeru ahli IKRAM supaya memainkan peranan dan tanggungjawab kepemimpinan masyarakat di semua peringkat.

"Ia dapat berlaku menerusi inisiatif proaktif dan respons yang cepat kepada isu-isu semasa yang tercetus dalam masyarakat dan negara supaya kita dapat membimbing mereka semua dalam mendepani semua isu tersebut dengan menampilkan kebijaksanaan, ketepatan dan pertanggungjawaban," jelasnya lagi.

Dalam PAT 2016 yang bertemakan "Ahli Teras Pemacu RI1619", beliau mengingatkan kepada semua Ahli Teras tentang tanggungjawab khas yang perlu dipikul bersama-sama.

"(Iaitu) tanggungjawab perjuangan bagi mengangkat kedudukan umat dalam negara dan di persada dunia, mendaulatkan syariah dalam kehidupan, menyantuni umat manusia dengan suluhan cahayanya serta memenangkan Islam agar memimpin dunia dan manusia sejagat," tegas beliau.

  

Pelancaran Kempen Sejuta Harapan dan 'soft launch' Harmoni Nasional FM

Dr Parid juga menuntut Ahli Teras supaya mempunyai sikap kepedulian tahap tinggi bagi memacu Rancangan IKRAM 2016-2019 (RI1619) sekuat-kuatnya serta mengerah tenaga dan keringat agar IKRAM dapat mencapai seluruh sasarannya menjelang tahun 2019 bagi memacu perubahan masyarakat dan negara, insya-Allah.

Beliau menyampaikan Ucapan Dasar kepada hampir 1,000 orang Ahli Teras dari seluruh negara yang hadir dalam PAT 2016 pagi tadi di The Space Grand Ballroom di sini. Selesai berucap, beliau melancarkan Kempen Sejuta Harapan inisiatif Hidayah Centre Foundation (HCF). Majlis turut diserikan dengan soft launch radio Internet, Harmoni Nasional FM dengan tema "Suara Rahmah Anda".

Last modified on Sunday, 29 May 2016

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd