wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 14 ذو القعدة 1440   |   Wednesday 17 July 2019

SHAH ALAM - "Tidak ada istilah pencen atau berehat dalam melaksanakan tugas ini, perlu kita lakukan mengikut kemampuan masing-masing dengan bersungguh-sungguh," tegas Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dalam Ucapan Dasar yang dibacakan oleh Timbalannya, Dr Hafidzah Mustakim semalam.

Dalam Perhimpunan Ahli Teras Wanita (PATWA 2016) di sini, beliau menggariskan dua tugas besar seorang muslim menurut pandangan Imam Hassan al-Banna iaitu pengabdian kepada Allah dan melakukan kebaikan serta jihad demi menegakkan syariat. 

"Ini merupakan tugas sepanjang hayat, sementara kita menunggu giliran bertemu dengan Allah azza wajalla,” jelasnya.

"Persoalannya, adakah kita telah benar-benar bersungguh-sungguh melakukan usaha ini? Atau apakah kita masih selesa beralasan dengan pelbagai alasan duniawi untuk tidak melakukannya? Apakah yang sebenarnya yang kita mahu? Apakah keselesaan dan kerehatan hidup di dunia yang sementara ini yang menjadi keutamaan?" soal beliau.

"Kita yakin akan mati tetapi tidak bersedia untuknya, fikiran masih sibuk memikirkan tentang harta, anak-anak, kerjaya dan tidak menterjemahkannya dalam bentuk persediaan hari di hisab. Sesungguhnya jawapannya terletak pada setiap diri amilat yang hadir hari ini," jawabnya.

Che Asmah memetik maksud surah al-Qasas ayat 83 yang bermaksud:

"Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

Beliau turut mengingatkan semua Ahli Teras Wanita akan tujuan perhimpunan tersebut iaitu untuk menyatukan hati-hati, meningkatkan komitmen dan iltizam, mengikuti perkembangan IKRAM serta memberi saranan dan idea-idea bernas kepada kepimpinan.

Mengulas mengenai tema PATWA kali ini iaitu "Amilat Rabbaniyyah Pemacu Islah", beliau meyatakan bahawa Rabbani merupakan aspek paling penting yang diberi perhatian dan penekanan dalam tarbiah IKRAM.

“Yang dimaksudkan dengan Rabbani di sini ialah tarbiah yang menekankan pembentukan iman yang mantap, iman yang melahirkan amal, iman yang menggerakkan perasaan dan menguasai pemikiran, bukan iman yang jumud, kaku dan membeku di lubuk hati tanpa menampakkan kesan dalam kehidupan."

Sesuai dengan maksud Rabbani iaitu pemilik, pemberi nikmat dan pendidik, beliau menyeru Ahli Teras Wanita supaya menyerapkan ciri-ciri murabbi, iaitu bercirikan sifat mendidik masyarakat sebagai satu tugas yang perlu digalas bersungguh-sungguh sepanjang hayat.

“Ini tidak memadai dengan ilmu yang sedia ada, malah senantiasa memerlukan dua lagi perkara iaitu belajar dan mengajar,” jelasnya lagi.

Usaha ini merangkumi penyebaran mesej Islam kepada masyarakat melalui aktiviti dakwah, meningkatkan kesatuan dan perpaduan demi mencapai wawasan IKRAM iaitu "Malaysia Menjadi Negara Rahmah".

Dengan mengambil kira situasi masyarakat majmuk, Che Asmah melahirkan keyakinan bahawa Wanita IKRAM mampu memainkan peranan dengan memberikan pandangan, menjadi pusat rujukan menerusi saluran media masa perdana, alternatif dan agensi kerajaan, mengemukakan penyelesaiaan holistik dengan melihat sesuatu isu pada peringkat akar umbi.

Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad hadir memberikan ucapan perasmian PATWA 2016 yang mengharapkan Wanita IKRAM menjadi ejen perubahan dalam masyarakat yang menyiapkan diri dengan kemahiran pemikiran strategik, memanfaatkan ilmu dalam pelbagai bidang dan menurunkan kepakaran dan pengalaman berorganisasi kepada generasi pewaris agar kesinambungan perjuangan dapat diteruskan dan mencapai kejayaan yang diimpikan.

Last modified on Thursday, 02 June 2016

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: [email protected]
Pentadbiran: [email protected]
Keahlian: [email protected]
Kewangan: [email protected]

Our website is protected by DMC Firewall!