wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 5 المحرّم 1439   |   Tuesday September 26 2017
Wednesday, 26 July 2017 00:00

Pastikan jelas sasaran kerja dan 'jaringkan gol'

Rate this item
(0 votes)

SERI KEMBANGAN - Setiausaha Agung IKRAM, Haji Nahar Md Nor, menasihatkan kakitangan Ibu Pejabat IKRAM supaya jelas dengan sasaran kerja yang telah dirancang pada awal tahun ini walaupun separuh penggal kedua tahun 2017 baru sahaja dilalui.

“Kita telah melepasi separuh penggal kedua tahun 2017. Masa ini adalah masa untuk menyemak semula pencapaian separuh tahun kita,” kata beliau semalam ketika berucap dalam Majlis Amanat Presiden bersama kakitangan Ibu Pejabat IKRAM.

“Adakah sasaran kerja yang kita letakkan telah kita capai? Banyak mana lagi? “ soalnya.

Dalam majlis anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) yang turut dihadiri oleh kakitangan institusi-institusi IKRAM, beliau memohon agar semakan sasaran kerja yang dibuat dapat membawa kita ‘menjaringkan gol’.

“Setiap hari datang kerja kita perlu jelas apa yang mahu kita lakukan dan hendak dicapai supaya kita boleh jaringkan gol,” katanya.

“Dalam kerja ini, menjaringkan gol adalah sangat penting. Jangan cuma gelecek bola dan akhirnya tak dapat menjaringkan gol.”

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan supaya latihan yang telah dilalui sepanjang Ramadan dapat diteruskan sehingga bulan-bulan berikutnya.

“Kekalkan momentum Ramadan. Kita perlu ingat, madrasah Ramadan yang kita lalui itu adalah bulan latihan untuk kita bersabar, berdisiplin, meningkatkan ibadah dan ini perlu diteruskan.”

Read 240 times Last modified on Wednesday, 26 July 2017 09:45

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd