Print this page
Wednesday, 01 February 2017 08:00

Hari Keluarga IKRAM berlangsung ceria

Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT - Hari Keluarga Staf IKRAM Pusat dan Jawatankuasa Pusat (JKP) 2016 berlangsung ceria dan harmoni di Agrotek Garden Resort di sini pada Sabtu, 21 Januari lalu.

Hampir 100 orang peserta yang hadir termaasuk ahli keluarga masing-masing  untuk meraikan program tahunan ini dengan pelbagai aktiviti yang memeriahkan suasana.

Pendaftaran yang bermula seawal jam 11.30 pagi itu menyambut kehadiran peserta dengan sesi fotografi ahli keluarga dan mereka turut diberikan hadiah sejurus sampai di meja pendaftaran.

Melibatkan seluruh peringkat usia termasuk kanak-kanak, antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan masuk air dalam botol, kutip gula-gula terbanyak, pancing botol dan boling buah kelapa.

   

Ucapan Presiden IKRAM dan antara JKP dan staf IKRAM yang hadir

Dalam majlis makan malam, kumpulan yang memenangi bagi setiap pertandingan telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Haji Nahar Md Nor, Setiausaha Agung IKRAM. Beberapa anugerah lain turut diadakan seperti Keluarga Terawal, Individu Terawal, Keluarga Sporting dan Pasangan Romantik.

“Kita harap supaya Allah SWT akan sentiasa memelihara kita, diikat dengan ikatan ukhwah yang utuh dan dibina dengan asas-asas persaudaraan Islam serta keikhlasan”, kata Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM yang menyampaikan amanat dalam majlis tersebut.

Tambahnya lagi, kumpulan yang kuat sangat diperlukan dalam keadaan sekarang untuk menjadikan kita memimpin manusia dan mengangkat Islam di tahap yang terbaik.

Hari Keluarga ini merupakan program yang diadakan pada setiap tahun anjuran IKRAM dan Badan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) dengan objektif untuk merapatkan ukhuwah antara JKP IKRAM dan warga kerja IKRAM.

Read 1896 times Last modified on Wednesday, 01 February 2017 16:20
DMC Firewall is a Joomla Security extension!